10 Vitamin C yang Bagus untuk Memutihkan Kulit 2023
Kajian dalam makmal menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.
Vitamin C yang Bagus untuk Memutihkan Kulit 2023
1. Blackmores Vitamin C - Bagus untuk Memutihkan Kulit
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini. Vitamin C juga merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
Harga Blackmores Vitamin C
2. Wardah C-Defense with Vitamin C Serum
- Sesuai untuk kulit kering kerana tekstur likat dan pekat
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Mempunyai Ethyl Ascorbic Acid yang adalah satu bentuk Vitamin C yang lebih stabil
- Tidak menyebabkan kepedihan
- Bebas alkohol dan pewangi
- Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk, tidak mudah teroksida
- Mempunyai Vitamin C, Biosakarida dan Aloe Vera
- Diserap ke dalam kulit dengan pantas
- Membantu mencerahkan kulit
- Melindungi kulit dari radikal bebas
- Rasa lekit dan agak berat pada kulit
Harga Wardah C-Defense
3. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Serum harian dengan 5% Vitamin C yang lembut pada kulit serta tidak merengsakan kulit.
- Memudarkan bintik-bintik hitam
- Mencegah pembentukan hiperpigmentasi baru
- Mempunyai ekstrak tumbuhan seperti limau nipis dan centella
- Memberikan kelembapan tambahan secara semulajadi dan nutrisi kepada kulit.
- Mampu menghapuskan jerawat, parut jerawat, mencegah jerawat dan mengurangkan liang pori pada muka.
Harga Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
4. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum - Sesuai untuk Kulit Remaja
- Sesuai untuk kulit dengan jerawat dan parut
- Mencerahkan wajah
- Melindungi kulit dari kerosakan matahari
- Menghakis sel kulit mati
- Meringankan bintik-bintik gelap dan tanda jerawat
- Menghalang pembentukan minyak dan sebum di T-Zon muka selama 12 jam
- Mempunyai ekstract lemon Yuzu dari Jepun
Harga Garnier Anti Spot White Serum
5. Mad Hippie Vitamin C Serum - Sesuai untuk Kedutan dan Garis Halus
- Rumusan dengan bahan semulajadi yang selamat
- Tekstur ringan dan diserap ke kulit dengan cepat
- Melindungi kulit dari kerosakan matahari
- Mencerahkan kulit
- Mengurangkan hiperpigmentasi, kedutan dan garis halus
- Mempunyai Konjac Root, Ferulic & Hyaluronic Acid
- Konjac Root mempunyai banyak nutrien yang boleh menyeleraskan tekstur kulit
Vegan
- Vegan, tiada pewangi, tiada bahan GMO
Harga Mad Hippie Vitamin C Serum
RM110.10 di Shopee
6. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum - Untuk Memperbaiki Ton dan Tekstur Kulit
- Dari Korea
- Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit kering
- Menolong dengan pemutihan dan pelembapan kulit
- Menghapuskan jerawat, pigmentasi dan memudarkan parut
- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Meningkatkan tahap kolagen di kulit
- Mengandungi vitamin C yang tulen
- Tiada paraben dan bahan merbahaya yang boleh merosakkan kulit
- Dirumuskan dengan 10 bahan utama yang memberikan kesan Vitamin C dengan cepat.
Harga Wishtrend Pure Vitamin C
7. Drunk Elephant C-Firma Day Serum
- Kompleks antioksidan asid l-ascorbic, asid ferulic, vitamin E dan enzyme lain
- Melindungi kulit dari kerosakan matahari, radikal bebas dan pencemaran persekitaran
- Mengurangkan bintik hitam dan kedutan
- Menghakis sel kulit mati
- Sodium hyaluronate crosspolymer cepat diserap dalam kulit dan menghidrasikan kulit selama 3 hari
- Mempunyai enzim buah delima dan labu
- Melarutkan sel kulit mati sehingga tekstur rata
- Mempunyai polimer asid hyaluronik yang aktif selama 3 hari untuk mengekalkan kulit terhidrat
- Tiada pewangi, tiada bahan keras macam alkohol, silikon, pewarna
Harga Drunk Elephant Day Serum
8. Wilder Ferns Manuka Honey Facial Serum
- Dirumus khas dengan Manuka Honey dan bahan antioksidan Vitamin A, C dan E
- Mempunyai campuran minyak bahan semula jadi : Sweet Almond, Rosehip dan Evening Primrose
- Mempunyai Royal Jelly dan Bee Pollen untuk menyegarkan dan meremajakan kulit agar tampak berseri
- Memberikan kelembapan berpanjangan
- Diserap dengan pantas
- Tekstur ringan
- Tiada pengawet tiruan, paraben, SLS
- Selamat digunakan untuk ibu hamil
Harga Wilder Ferns Manuka Honey Radiance Renewal Facial Serum
9. SOME BY MI Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum
- Mempunyai 1% toner asid askorik tulen dan 3% serum yang merawat kulit kesam akibat sinaran UV
- Mengekalkan kulit yang licin
- Pelembab yang mengekalkan kulit yang terhidrat
- Kandungan Vitamin C 30000ppm
- 10 jenis vitamin yang dirumus untuk diserap dalam kulit dengan mudah
Harga Some By Mi Vitamin C Serum
10. Shaklee Sustained Release Vita-C Plus
- Mengandungi vitamin C dan 120mg bioflavonoid sitrus
- Dirumus untuk pelepasan berterusan untuk meningkatkan penyerapan vitamin C dalam tubuh.
- Sifat antioksidannya bukan sahaja bagus untuk kulit, malah menambah baik kesihatan gigi, gusi, tulang dan tubuh secara menyeluruh.
- Kalau perut anda selalu meragam, anda tak perlu risau untuk ambil suplemen ni kerana ia diekstrak daripada jagung yang tak menggangu perut sensitif.
Harga Now Foods Purifying Toner
Bahan-bahan lazim dalam produk pemutih/pencerah kulit dan kesannya
Formulasi produk pencerahan kulit lazimnya terdiri daripada satu atau kombinasi beberapa bahan pencerah seperti vitamin C, kojic acid, tranexamic acid, alpha hydroxy acids (AHA), nicotinamide (vitamin B3), arbutin, ekstrak tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya.
Secara umumnya, bahan- bahan tersebut bertindak ke atas proses penghasilan melanin, iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia.
Sesuatu produk tidak semestinya mempunyai kesan yang sama ke atas setiap individu. Kesan yang berbeza berkemungkinan berpunca daripada perbezaan struktur kulit atau tahap pemasalahan kulit antara individu yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah amalan diet, tekanan, aktiviti fizikal, tahap pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya.
Secara umumnya, bahan- bahan tersebut bertindak ke atas proses penghasilan melanin, iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia.
Sesuatu produk tidak semestinya mempunyai kesan yang sama ke atas setiap individu. Kesan yang berbeza berkemungkinan berpunca daripada perbezaan struktur kulit atau tahap pemasalahan kulit antara individu yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah amalan diet, tekanan, aktiviti fizikal, tahap pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya.
Kawalan produk pemutih/pencerah kulit di Malaysia
Produk pemutih/pencerah kulit yang dibenarkan dalam pasaran adalah merujuk kepada krim, losyen atau sediaan lain yang digunakan secara luaran sahaja. Ianya sama sekali tidak termasuk produk yang digunakan secara suntikan atau dimakan.Produk suntikan perlu melalui prosedur penilaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang terperinci sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hanya boleh diaplikasi ke atas individu yang memerlukan oleh doktor perubatan yang bertauliah. Produk pemutih/pencerah kulit yang dimakan juga turut dikawal oleh KKM dan perlu melalui prosedur regulatori tertentu bergantung kepada komposisi atau kandungan bahan yang digunakan.
Berdasarkan rekod pengawasan mutu produk kosmetik di pasaran, produk yang digunakan untuk pencerahan wajah seringkali dicemari oleh bahan-bahan yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, azelaic acid dan merkuri. Merujuk kepada Akta Racun 1952, hydroquinone (kecuali bagi sediaan kuku palsu), tretinoin, azelaic acid hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM. Produk sedemikian hanya boleh digunakan di bawah pengawasan profesional kesihatan kerana tanpa pengawasan yang sewajarnya, ianya boleh mendatangkan kesan mudarat yang serius kepada pengguna. Selain bahan-bahan tersebut, merkuri, iaitu sejenis logam berat yang merbahaya terhadap kesihatan, juga turut dikesan dalam sesetengah produk pencerah wajah.
Senarai terkini bagi produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi bahan-bahan larangan turut dipaparkan untuk rujukan orang ramai di laman sesawang rasmi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my. Ironinya, produk pencerah wajah yang mengandungi bahan larangan sering dipromosikan sebagai dapat memberikan kesan pemutihan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat.
Tips kepada pengguna
Pengguna dinasihatkan agar lebih rasional terhadap kesan yang dijangka ekoran penggunaan sesuatu produk kosmetik. Faktor keselamatan hendaklah diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan. Ini kerana produk yang memberikan hasil yang diingini terutama dalam masa yang singkat tidak semestinya telah turut terbukti sebagai selamat untuk digunakan.Berikut adalah tips yang boleh diikuti oleh pengguna:
- Membaca maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti dan mematuhi saranan yang ditetapkan.
- Sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar serta mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang.
- Tidak mudah terpedaya dengan iklan produk yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik memerlukan masa untuk bertindak secara selamat ke atas punca yang boleh menyebabkan kegelapan kulit.
- Merujuk kepada profesional kesihatan/kecantikan yang bertauliah bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan jenis produk yang bersesuaian.
- Berhenti menggunakan sesuatu produk kosmetik sekiranya mendapat tindakbalas sampingan yang tidak diingini dan merujuk kepada doktor jika perlu.
Ulasan
Catat Ulasan