Suntikan sel stem daripada tali pusat patuh syariah
Sekumpulan pakar bedah Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) mencipta sejarah apabila berjaya merawat kecederaan rawan sendi lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat atau uri. Kajian sejak 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaannya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan. Pesakit menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ke tiga dan tidak menunjukkan tanda kesan sampingan atau permasalahan sepanjang tempoh kajian seperti demam, penolakan atau perubahan sel. Ketua Pasukan Penyelidik, Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Ortopedik & Arthroskopi, Datuk Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff, berkata sel stem yang digunakan dalam kajian itu diperoleh daripada tali pusat yang didermakan oleh penderma lain. Sel stem kata beliau, diproses, dinyah kuman dan dipastikan sesuai sebelum dibawa ke makmal yang diiktiraf Agensi P...