Posts

Showing posts from September, 2020

Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya

Image
1. Vitamin C - Manfaat Blackmores Vitamin C 500 mg

Vitamin larut air ini, terkenal dengan peranannya dalam memerangi selsema.

Ditemui dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi jeruk, tomato, dan lada, antioksidan ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan imun tetapi juga boleh meningkatkan kualiti antioksidan vitamin E. 
Apakah kebaikan Blackmores vitamin C 500 mg tablet health supplement dan bagaimanakah vitamin C meningkatkan sistem imun?

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C dalam diet boleh mengakibatkan fungsi imun terjejas dan peningkatan jangkitan. Walau bagaimanapun, suplemen vitamin C boleh menyebabkan pencegahan jangkitan seperti keadaan pernafasan atau sistemik.

Vitamin C adalah nutrien penting kerana ia tidak boleh dibuat oleh tubuh manusia. Oleh itu, vitamin C mesti dimakan oleh manusia dalam diet. Kebanyakan orang dewasa disyorkan memakan vitamin C sebanyak 75mg setiap hari, dengan sumber yang paling kaya ialah buah jeruk, brokoli, strawberi, lada, dan …

Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma): Harga dan Review di Malaysia 2020

Image
Teknik rawatan mencantikkan kulit dan bentuk wajah menggunakan darah sendiri antara teknologi terkini dalam bidang estetik yang digunakan secara meluas termasuk di negara ini.



Antara rawatan itu ialah teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang digemari khususnya sebilangan wanita bagi mendapatkan mendapatkan kulit licin, mulus, berseri dan membantu mengatasi masalah tanda penuaan seperti garis halus dan pigmentasi.

Mungkin ada yang ragu-ragu menggunakan darah sendiri dianggap najis. Bagaimanapun, bagi teknik itu darah pesakit diproses dan hanya mengambil plasma yang disuntik pada bahagian wajah.

Dengan melakukan kaedah itu ia dapat merangsang peningkatan kolagen, mencerahkan kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi.

Pakar Estetik Klinik Pesona, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari, berkata tiada unsur bercanggah dengan hukum syarak bagi mereka yang ingin melakukan teknik ini.

Beliau memetik kenyataan, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menjelaskan tiada lar…

Duromine Malaysia: Kegunaan, Kontraindikasi dan Harga 2020

Image
Apakah itu Duromine?

Duromine (jenama Phentermine) merupakan sejenis produk yang mengandungi bahan aktif Phentermine. Jenama lain yang mengandungi bahan aktif 'Phentermine' termasuk jenama 'Adipex' yang juga popular di Malaysia.

Phentermine merupakan sejenis ubat perangsang di mana struktur kimianya menyerupai amfetamine. Produk tersebut diformulasikan dengan sejenis bahan untuk membolehkan phentermine diserap secara terkawal agar kesan rawatan Duromine dapat dikekalkan untuk seharian.


Apakah kegunaan Duromine? Duromine digunakan untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit yang telah dikenalpasti oleh doktor mengalami masalah berat badan berlebihan. Duromine digunakan sebagai sebahagian daripada usaha dalam mengurangkan berat badan disamping mengamalkan cara pemakanan sihat dan senaman. Duromine hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor. Ubat tersebut juga mempunyai kegunaan lain. Sila bertanya kepada doktor ataupun ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat ter…

Pakej Bersalin: Harga untuk Hospital Swasta dan Kerajaan di Malaysia 2020

Image
Untuk para ibu bapa yang tidak ada pengalaman dengan hospital bersalin, anda pasti keliru dengan harga pakej bersalin yang berbeza-beza di Malaysia. 
Jadi, ini adalah senarai caj hospital swasta dan kerajaan di Malaysia untuk anda jadikan panduan dan pilihan.



Pakej Bersalin Andorra 2019 / 2020 (Swasta)

Bersalin Biasa (SVD - spontaneous vaginal delivery):
4 katil: RM 3,3992 katil: RM 3,899Single: RM 4,599 Pembedahan Caesarean (LSCS - lower segment Caesarean section):
4 katil: RM 8,5992 katil: RM 9,399Single: RM 9,999
Pakej / Caj Bersalin Hospital Ampang 2020 (Kerajaan)

Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah Ampang, Selangor. Antara kelebihan Hospital Ampang ialah kelas antenatal yang diadakan secara percuma.  Jururawat dan staf di hospital ini juga arif berkaitan penyusuan dan tidak lokek menunjuk ajar kepada ibu yang masih keliru tentang penyusuan susu ibu yang betul.

Bersalin Biasa:
Kelas Satu: RM 450Kelas Dua: RM 150Kelas Tiga: RM 10 Bersalin Kembar:
Kelas Satu: RM 600Kelas Dua: …