Vitamin dan Produk untuk Menghilangkan Eyebag dan Mata Panda di Malaysia 2020

Dengan begitu banyak produk dan petua cara hilangkan eyebag atau bengkak bawah mata yang anda boleh baca dalam internet, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Mengikut laman laman internet yang mengesyorkan berbagai cara semulajadi dan tak semulajadi seperti menggunakan sudu, timun, tomato, uncang teh, vaseline, ais dan macam macam lagi, bagaimana anda tahu mana yang berkesan?

vitamin untuk hilangkan eyebag

Apabila tisu dan otot di sekeliling mata anda menjadi lemah dan longgar, anda akan sedar bahawa bahagian bawah mata anda menjadi hitam dan bengkak. Walau bagaimanapun, produk krim eyebag hanya berkesan sebagai penjagaan pencegahan, dan tidak dapat mengubati eyebag dengan berkesan selepas mereka telah berkembang.

Menurut Mayo Clinic, seseorang itu memang boleh kena eyebag jika ada alahan. Walau bagaimanapun, eyebag di bawah mata adalah satu kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan rawatan khusus. Rawatan di rumah dan tukar sahaja gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan mata bengkak.

Lain-lain punca termasuk:
  • Merokok
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Pengekalan cecair, terutama apabila bangun atau menikmati makanan masin
Terdapat kemungkinan selain mengalami ‘eyebag’, anda juga akan cenderung untuk mengalami lingkaran gelap bawah mata.

Ia tidak mendatangkan bahaya, cuma mungkin akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar anda.

Produk dan Vitamin untuk Hilangkan Eyebag

Terdapat beberapa produk yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan kesan ‘eye bag’ ini.

Mari kita lihat senarai terbaik kami!

1. Vitamin untuk Hilangkan Eyebag

Vitamin C mengambil peranan yang penting dalam melindungi kulit dari proses penuaan. Kekurangan vitamin C dalam badan akan mengakibatkan proses penuaan kulit yang lebih cepat.

2. Uncang teh

Mesti anda pernah dengar cara menghilangkan eyebag dengan uncang teh bukan?

Ini kerana kafein yang terdapat dalam teh mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit.

Malahan ia dikatakan dapat melindungi sinaran UV dan berpotensi memperlahankan proses penuaan. 


3. Teknik 'Cold Compress' dengan Sudu Besi, Timun dan Ketulan Kiub Ais

Teknik Cold Compress adalah satu teknik yang sangat mudah dipratikkan untuk menghilangkan kesan eyebag dengan cepat.

Walaupun anda boleh mendapatkan cold-compress yang dijual di kedai, mungkin lebih baik kalau anda mencuba untuk membuatnya sendiri.

Beberapa pilihan DIY yang boleh anda cuba:
  • Sudu besi yang telah disejukkan
  • Hirisan timun yang telah disejukkan
  • Ketulan kiub ais
  • Bungkusan sayuran sejuk beku.
Pastikan anda membalut bahan-bahan tersebut dengan menggunakan kain lembut dan bersih sebelum meletakkannya di kawasan mata untuk mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.


4. Sunblok / Sunscreen

Penggunaan sunblock atau sunscreen setiap hari mampu mengurangkan penuaan pra matang, kanser kulit dan tona kulit tidak sekata.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan kesan eyebag pada mata anda.

Pakar di American Academy of Dermatology mencadangkan bahawa semua orang seharusnya memakai sunblock/ sunscreen kerana perlindungan spektrum luas terhadap sinar UVA dan UVB sangat penting.

Pilihlah sunblock/suncscreen yang mengandungi SPF 30++ atau lebih dan bersifat kalis air.


5. AntiHistamin

Alahan boleh menyebabkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata anda.

Anda juga mungkin mengalami mata berair, kemerahan dan gatal.

Ini disebabkan oleh tindak balas sistem imun anda terhadap sesuatu yang merangsangkan tindak balas imun atau alergen.

Jika anda mengalami kesan-kesan seperti ini, cubalah bertanya di farmasi Guardian, Caring atau Watsons tentang ubat-ubatan alergi yang diambil secara over-the-counter.

Antaranya seperti Zyrtec dan Clarityne.

Terdapat beberapa produk penjagaan diri seperti shampoo, mekap atau pewarna rambut yang mungkin menyebabkan alahan.

Sekiranya anda mengalami masalah mengenal pasti punca tersebut, tulis nota dan simpan diari untuk mengetahui apa bahan atau perkara lain yang menyebabkan reaksi.


6. Kuning telur, madu dan lemon

Walaupun petua ini tidak berapa 'saintifik', petua ini merupakan petua yang popular di Malaysia.

Jika ia menjanjikan hasil yang baik, tidak salah untuk mencuba, bukan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan sebiji kuning telur, sesudu teh madu serta sedikit perahan lemon dan gaulkan sebati. Sapukan pada bahagian mata yang sembap dan biarkan semalaman. Cuci selepas bangun dari tidur.


7. Hilangkan eyebag dengan Vaseline
  • Sapu rata selapisan nipis Vaseline dibahagian bawah mata yang gelap sebelum tidur.⠀
  • Lakukan setiap hari secara konsisten sehinnga eyebag hilang.
Teknik ini tidak berkesan untuk eyebag yang sudah teruk atau disebabkan oleh simpanan lemak bawah mata.


8. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml) 

Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur.

Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi. 

Beli di Lazada Malaysia.


9. ROC - Retinol Correxion Eye Cream, 15ml

ROC Retinol Correxion adalah krim mata yang anda boleh cuba untuk mengurangkan kesan lingkaran hitam, kedut kulit dan eyebag.
  • Mengurangkan lingkaran hitam dan eyebag dalam 4 minggu.
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis halus (wrinkle) 
  • Formula bebas minyak


10. Innisfree Jeju Orchid Eye Cream, 30ml

Dikenali dulu sebagai Krim Mata Innisfree Orchid. 
  • Memperbaiki keanjalan kulit keliling mata
  • Mengurangkan kedutan kulit (wrinkles);
  • Mengurangkan lingkaran hitam bawah mata
  • Bebas dari Paraben
  • Bebas dari bahan wangi sintetik
Beli di Lazada Malaysia


11. Neutrogena Rapid Dark Circle Repair Eye Cream, 3.9ml
  • Krim mata Nuetrogena boleh mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dalam 1 minggu.
  • Boleh mengurangkan kedutan kulit (wrinkles).
  • Boleh diguna dibawah mekap.


12. Krim Mata Cosmoderm (Cosmoderm Eye Treatment Gel)

Krim mata dari Cosmoderm ni diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus.

Kelebihan Cosmoderm Eye Treatment Gel : 
  • Menyamankan dan menyegarkan kulit sekitar mata
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan lingkaran gelap
  • Licin, tidak berminyak dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis kulit
  • Menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Tiada ujian haiwan 
Dapatkan Cosmoderm Eye Treatment Gel di farmasi terpilih seperti Guardian atau Watsons dan juga boleh beli secara online di Lazada Malaysia.



Carian Berkaitan dari Google:
  • cara hilangkan eyebag dengan cepat
  • cara menghilangkan eyebag
  • cara cara tradisional membuang hitam eyebag
  • cara hilangkan hitam bawah mata
  • macam mana nak buang eyebag
  • menghilangkan eyebag
  • petua & herba

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Harga dan Rawatan Stem Cell di Malaysia 2023

10 Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

Susu Formula untuk Bayi: 15 Jenama Susu Terbaik di Malaysia 2023

Duromine Malaysia: Kegunaan, Kontraindikasi dan Harga 2023