Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Jika bimbang payudara 'indah' hanya sementara, pakar nasihat jauhi jarum 'doktor' tak bertauliah

Imej
Wanita yang menyimpan hasrat untuk membesarkan payudara (breast filler) dinasihatkan supaya tidak menjalani rawatan tersebut menggunakan khidmat pakar kecantikan. Pakar Runding Pembedahan Kosmetik, Rekonstruktif dan Plastik, Pusat Perubatan Beverly Wilshire, Kuala Lumpur, Dr Mohamad Nasir Zahari berkata, pakar kecantikan adalah golongan yang dilarang menawarkan apa-apa perkhidmatan suntikan ke atas tubuh mana-mana individu. "Kebanyakan pakar kecantikan menawarkan rawatan ini tetapi mereka sebenarnya tidak bertauliah untuk memberi suntikan. "Mereka cuma boleh melakukan rawatan pada bahagian luaran kulit sahaja. Pakar kecantikan memang tak boleh buat... diharamkan," katanya kepada mStar Online. Menurut Dr Mohamad Nasir, rawatan tersebut hanya boleh dikendalikan doktor yang mempunyai lesen pertauliahan iaitu Letter of Credentialing and Privileging (LCP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Dalam kalangan doktor pun bukan semua dibenarkan. Sekarang

“I dah tak boleh menyusu, otot ‘breast’ pun rosak” - Awas promosi murah besarkan payudara di laman sosial

Imej
Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Begitulah nasib seorang gadis yang mendakwa pakar kecantikan yang ditemuinya enggan bertanggungjawab terhadap kesan buruk yang dialaminya selepas membuat rawatan membesarkan payudara (breast filler) dengannya baru-baru ini. Antara iklan rawatan membesarkan payudara yang dipromosikan secara terbuka di Instagram. Susulan itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Rara mengugut pakar kecantikan tersebut untuk menularkan mesej perbualan mereka. Malangnya, mangsa berusia 25 tahun itu pula didakwa cuba memfitnah pakar kecantikan berkenaan yang turut menawarkan produk pemutih kulit. Kisah malang Rara dengan beberapa paparan skrin mesej perbualannya dengan pakar kecantikan yang ditemuinya kecoh diperkatakan netizen. Bukan itu sahaja, surat yang dikeluarkan oleh sebuah sebuah hospital swasta mengenai keadaan payudaranya turut tular. Berdasarkan perbualan dalam paparan skrin yang tular, Rara mendakwa terpaksa menghabiskan ribuan ringgit un