Hanya pakar bedah boleh sedut lemak
KUALA LUMPUR: Proses mengeluarkan lemak dalam badan menggunakan kaedah sedutan atau 'liposuction' hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah bertauliah. Malah, pembedahan itu itu perlu dilakukan di hospital, bukannya di klinik atau pusat rawatan kecantikan. Pengarah Kursus Aesthetic Academy Asia, Datuk Dr Morthy Subramanian, berkata pembedahan menyedut lemak adalah prosedur yang sangat berbahaya kerana ada kemungkinan pelanggan mempunyai alahan terhadap ubatan yang digunakan. Justeru, katanya, prosedur keselamatan ketat diperlukan dalam proses itu bagi memastikan pelanggan mendapat rawatan kecemasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini ketika proses itu. "Ramai menyangka liposuction adalah proses yang mudah dan disebabkan itu ramai pengusaha rawatan kecantikan menawarkan perkhidmatan itu tetapi sebenarnya ia hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah. "Seorang pengamal perubatan am juga tidak layak untuk melakukan pembedahan itu apatah lagi individu yang mengaku me