Harga dan Kebaikan Suplemen Vitamin C Paling Bagus di Malaysia 2022

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

SOMMAI/ Shutterstock

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:
Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C

Harga dan Suplemen Vitamin C Terbaik di Malaysia

Harga vitamin C di farmasi bergantung kepada jenis dan jenama vitamin C. Kebanyakan produk vitamin C dipasarkan dalam bentuk tablet untuk keperluan selama 30 hari dalam satu botol. Kos purata untuk sebotol vitamin C adalah dalam lingkungan RM 20 - RM 50 di kebanyakan farmasi dan cawangan-cawangan Guardian atau Watsons di Malaysia.


C-1000, 100 Tablets, Vitamin C 1000mg, Sustained Released, With Rosehip, Time Released

Harga: MYR 89.90 > Lazada Malaysia




3. Blackmores Vitamin C Malaysia
Harga: MYR 22.50 > Lazada Malaysia



Blackmores Bio C dengan Bioflavonoids mengandungi:
  • Asid askorbik 1,000 mg
  • Bioflavonoids 100 mg
Dos : Orang dewasa - Ambil 1 tablet sehari dengan hidangan atau ditetapkan oleh doktor anda.

Kebaikan Vitamin C Bioflavonoids Blackmores
Harga: RM 23.90 > Beli di Lazada Malaysia


5. Bio-Life Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids
Kebaikan Bio-life non acidic Vitamin C & bioflavonoids
Kebaikan Bio-Life Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids
Bio-Life Non Acidic Vitamin C & Bioflavonoids mengandungi:
Vitamin C (dalam bentuk Calcium ascorbate dihydrate 1000mg): 826 mg
Bioflavonoids: 100 mg
Dos : Orang dewasa - Ambil 1 tablet sehari dengan hidangan atau ditetapkan oleh doktor anda.

RM24.70, 30 biji - Beli dari Lazada

RM59.99, 90 biji - Beli dari Lazada 



Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Dos harian vitamin C (Malaysia)

Kumpulan
Umur
Keperluan Harian (mg/hari)
Bayi
0-5 bulan
25 mg
6-11 bulan
30 mg
Kanak-kanak
1-6 tahun
30 mg
7-9 tahun
35 mg
Remaja
10-18 tahun
65 mg
Dewasa
70 mg
Wanita mengandung
80 mg
Wanita menyusu
85 mg
Faedah Kesihatan

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:
  • Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.
  • Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.
  • Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/

Kelebihan vitamin C berupa suplemen dapat menimbulkan risiko

Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan.

Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa pangjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Kumpulan
Umur
Dos Maksima (mg/hari)
Bayi
Tidak dapat ditentukan; sumber sepatutnya daripada susu dan makanan sahaja.
Kanak-kanak1-3 tahun400 mg
4-8 tahun650 mg
9-13 tahun1200 mg
Remaja14-18 tahun1800 mg
Dewasa> 19 tahun2000 mg
Wanita mengandung dan menyusu14-18 tahun1800 mg
> 19 tahun2000 mg
Vitamin C untuk Kanak-kanak

Kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun, tidak dibenarkan untuk mengambil dos melebihi 400 mg (rujukan di atas). Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun pula tidak harus mengambil vitamin C melebihi 650 mg.

Vitamin C bagi Warga Emas

Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin C serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga emas disarankan untuk mengambil vitamin C mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) iaitu 70 mg/hari dan tidak melebihi 2000 mg/hari.

Perhatian

Bagi pesakit dengan penyakit darah seperti:
  • Kekurangan Glukosa 6-fosfat dehidrogenase (G6PDH); Dos vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan hemolisis (kemusnahan sel darah merah).
  • Hemochromatosis (keadaan yang menyebabkan badan menyimpan terlalu banyak zat besi); Dos vitamin C yang tinggi boleh memburukkan lagi pengumpulan zat besi (rujuk interaksi).
Interaksi

Vitamin C boleh:
  • Mengurangkan keberkesanan ubat untuk rawatan kanser, HIV / AIDS dan ubat bagi menurunkan paras kolesterol.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi. Bagi pesakit yang memerlukan suplemen kesihatan zat besi (contohnya: wanita hamil), ia adalah disyorkan bahawa suplemen kesihatan zat besi diambil bersama-sama dengan vitamin C.
Nasihat kepada pengguna
  • Makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah sumber vitamin C yang terbaik.
  • Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi.
  • JANGAN mengambil vitamin C tambahan jika anda mempunyai:
  • masalah batu karang yang berulang
  • penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik
  • penyakit darah (kekurangan G6PDH dan hemochromatosis)

Rujukan
  1. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, Ministry of Health. Retrieved 11 April 2016; from www.moh.gov.my/images/gallery/rni/10_chat.pdf
  2. Vitamin C Fact Sheet for Consumers, National Institutes of Health, U.S Department of Health and Human Services; Retrieved 2 August 2016; from https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-Consumer/
  3. Vitamin C (Ascorbic Acid), Natural Medicines Professional Monograph. Retrieved 11 April 2016; from https://naturalmedicines.therapeuticresearch.com/databases/food,-herbs-supplements/professional.aspx?productid=1001
  4. Vitamin C, Memorial Sloan Kettering Cancer Center. Retrieved 11 April 2016; from https://www.mskcc.org/cancer-care/integrative-medicine/herbs/vitamin-c
  5. Vitamin C for preventing and treating the common cold, Cochrane. Retrieved 11 April 2016; http://www.cochrane.org/CD000980/ARI_vitamin-c-for-preventing-and-treating-the-common-cold
  6. Vitamin C injection for cosmetic, Health Technology Assessment Section, Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. Retrieved 11 April 2016; from www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach…/348/199
  7. Food Sources of Vitamin C, Dietitians of Canada. Retrieved 3 August 2016, from http://www.dietitians.ca/Your-Health/Nutrition-A-Z/Vitamins/Food-Sources-of-Vitamin-C.aspx
Berkaitan: 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Ensure Gold dan Kebaikan Susu Ensure Gold 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

12 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Sembelit 2023