Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Suntikan Sel Stem Penawar Sakit Lutut

Imej
Ribuan ringgit dibelanjakan untuk menemui doktor pakar, membeli ubat dan makanan tambahan bagi mengubati sakit lutut yang dialami, namun semuanya menemui jalan buntu. Pergerakan Tajuddin Mad Yunus, 62, bukan sahaja terbatas gara-gara osteoarthritis lutut yang dihidapi sejak 2013, malah terpaksa berpaut ke dinding setiap kali bangun dari katil untuk ke bilik air ataupun bertongkat ke ruang tamu. PAKAR Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Datuk Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff. “Cukuplah enam tahun saya menderita tidak dapat berjalan sempurna, malah lutut sering sakit berdenyut apabila memijak lantai. Itu belum lagi duduk melipat kaki ketika solat, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya kepada BH baru-baru ini. Tajuddin yang juga pesara kerajaan berkata, kemuncak ‘sakitnya’ apabila doktor pakar Hospital Seberang Prai memberitahu lututnya perlu dibedah untuk diganti lutut palsu. “Bagaimanapun, selepas semakan dibuat saya pernah membuat pembedahan jantun