Whey Protein dan Serbuk Protein Bina Badan
Serbuk protein semakin popular sebagai makanan tambahan yang berkhasiat di kalangan pengemar gimnasium. Jika anda ke gimnasium anda mungkin perasan sesetengah dari mereka mengoncang dan meminum serbuk protein tersebut selepas melakukan senaman. Sesetengah dari mereka juga bercakap mengenai di mana boleh mendapatkan produk tersebut. Sekarang ini, anda boleh mendapatkan serbuk protein di kedai makanan tambahan atau di internet. Apa sebenarnya serbuk protein? Adakah ianya hanya untuk ahli bina badan atau kepada sesiapa sahaja sebagai makanan tambahan seharian? Apakah itu serbuk protein? Ia datang dalam pelbagai bentuk. Tiga jenis yang biasa adalah dadih, soya dan protein kasein. Dadih paling kerap digunakan kerana ianya protein susu yang larut air. Ianya juga adalah protein lengkap kerana mempunyai sembilan asid amino penting untuk keperluan manusia. Makanan seperti daging, tenusu dan telur adalah contoh protein lengkap. Sebaliknya, kebanyakan sayuran, nasi dan kanji adalah protein tidak ...