Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Kebaikan Sel Stem Kepada Manusia

Imej
Di dalam tubuh manusia, sel stem berfungsi sebagai sistem pemulihan dalaman semasa pertumbuhan awal dan di sepanjang hayat. Apabila sel stem membahagi, ia berpotensi membeza kepada sel dengan fungsi yang lebih khusus, contohnya sel darah merah atau sel saraf. Secara ringkasnya, sel stem boleh membina tisu bila dan di mana diperlukan dalam badan kita. Sel stem berbeza daripada sel-sel lain berdasarkan ciri-ciri unik berikut: (1) sel stem belum membeza dan mampu berbahagi tanpa had walaupun selepas dibiarkan dorman untuk jangka masa yang panjang; (2) dalam keadaan tertentu, sel stem boleh didorong untuk membeza kepada sel khusus. Di dalam usus dan sum-sum tulang, sel stem kerap membahagi untuk menggantikan tisu yang rosak. Di dalam jantung dan pankreas pula, sel stem hanya membahagi dalam keadaan tertentu. Terdapat tiga jenis utama sel stem daripada sumber manusia: Sel stem embrionik manusia (human embryonic stem cells, hESCs) berasal dari embrio manusia (blastocyst) yang dija