Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Terapi Hidrogen di Malaysia

Imej
PADA usia 76 tahun, pesakit osteoartritis seperti CS Shia mengakui, penyakit sendi berkenaan tidak saja menjejaskan kualiti jasmani, malah mengganggu emosinya. Beliau sudah mencuba pelbagai alternatif bagi menangani kesakitan itu hinggalah disenaraikan sebagai penerima manfaat dalam kempen ‘Love.Hope.Health’ yang dilancarkan Yayasan Compassionate Care (CCF), baru-baru ini. “Saya mengalami osteoartritis yang menyebabkan kedua-dua lutut dan betis terasa sangat sakit. Akibatnya, saya hanya terperuk di rumah. “Hal ini menyebabkan saya berasa kecewa dan sengsara. Keadaan menjadi lebih teruk hingga saya terpaksa berpaut pada perabot untuk bergerak di dalam rumah. “Saya sudah mencuba rawatan perubatan Cina dan Barat tetapi semua tidak berjaya. Kemudian, suatu pagi ketika bersarapan, saya terjumpa artikel dalam akhbar mengenai manfaat terapi hidrogen. “Mulanya rasa ragu tetapi oleh kerana sudah lebih enam bulan mencari rawatan berkesan, saya memutuskan untuk mencubanya. Selepas b...