Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Bayar RM300K Untuk Rawatan Stemcell, Doktor Luah Kekecewaan Di Facebook.

Imej
SHAH ALAM - Di klinik pagi tadi, saya macam biasa menemuramah pesakit-pesakit saya. PakCik seorang yang berpelajaran tinggi, baik orangnya dan mempunyai sikap selalu bertanya. Saya memang suka ciri-ciri ini kerana rasa seronok dapat berbicara tentang rawatan secara dua hala. Tak lah saya seorang yang membebel. Akan tetapi, lain sikit PakCik ini hari ini; seakan-akan melindungi sesuatu dari saya dan staf Pusat Dialisis tersebut. Saya ini jenis yang tahu ya, pandai juga mencungkil.  Sangkaan saya betul. Kemusykilan saya terjawab. Rupanya beliau sedang berurusan untuk menjalani rawatan stemcell untuk penyakit Kronik Kegagalan Buah Pinggang. Ternganga kami semua. TIGA RATUS RIBU bilnya! Gambar - Rafidah Abdullah Saya:  "Kenapa Pakcik tak tanya kami dahulu?" PakCik:  "Mereka ada sebut Staf kesihatan tak percaya rawatan ini sebab mereka tak tahu, jadi tak perlu beritahu" Huh??? Kalau rawatan sebaik ini, mesti kami suruh semua pesakit kami pergi! Ke