10 Klinik Estetik Malaysia Terbaik dan Senarai Harga 2023

10 Klinik Estetik Malaysia Terbaik dan Senarai Harga 2023

klinik estetik malaysia

Anda cuba membuat carian Google untuk klinik estetik di Malaysia? Banyaknya pilihan klinik estetik di Malaysia! Mana yang terbaik?
Sebagai panduan, kami telah menyenaraikan sebahagian klinik estetik yang popular di Malaysia.


1. Klinik Dr Inder

Perkhidmatan Klinik Dr Inder termasuk perkhidmatan estetik muka dan badan. Kepakaran Dr Inder termasuk juga pemulihan rambut oleh kaedah Follicular Unit Extraction (FUE), rawatan rambut gugur serta pemulihan bulu kening.  Proses tanam rambut dilakukan dengan teliti agar keputusannya kelihatan semula jadi.

Dr Inder mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam industri estetik perubatan dan pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik.

Lokasi: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Review Klinik Dr Inder

Penilaian 4.8/5 bintang di Google.



2. Premier Clinic

Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang termasuk Bangsar, Taman Tun (TTDI), Megan Avenue (Kuala Lumpur) dan IOI Boulevard (Puchong).

Lokasi (Ibu Pejabat): No. 8 & 10, Ground Floor, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Review Premier Clinic

Lebih daripada 40,000 likes di Facebook dan penilaian 4.9/5 bintang di Google.



3. Klinik Pakar Kulit Ko

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Dr. Ko Chung Beng, pakar perunding dermatologi. Dengan pengalaman Dr Ko yang cukup luas, Pusat Perubatan Pakar Kulit DR KO adalah antara perintis dalam industri perubatan estetik di Malaysia dan salah satu klinik kulit estetik yang paling popular di Malaysia. 

Klinik Pakar Kulit DR KO adalah diiktirafkan sebagai salah satu pusat laser, estetik dan dermatologi yang terkemuka di Asia. Ia mendapat Amanah dari pakar perubatan dan klien. Ia telah diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records, sebagai Pusat Pakar Kulit, Estetika dan Laser yang Terbesar di Malaysia.

DR KO mempunyai 30 Pusat di seluruh negara. Diketuai oleh Dato. Dr. Ko Chung Beng, dan dengan lebih daripada 20 pengamal perubatan estetik yang diperakui LCP, Pusat Pakar Kulit Estetik DR KO telah menyediakan pelbagai perkhidmatan khusus dalam bidang dermatologi, estetika, pembedahan kosmetik dan pemulihan rambut.

 Pusat Pakar Kulit DR KO sering merupakan klinik yang pertama untuk memperkenalkan teknology baru dalam rawatan kulit dan estetik ke Malaysia.
Lokasi (Ibu Pejabat): 10A-22A, Jalan Temoh, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Review Ko Skin Specialist

Ko Skin Specialist mempunyai lebih daripada 90,000 likes di Facebook dan skor 4.5/5 bintang di Google.



4. ARC Medical Group

Pusat rawatan ini tiada masalahnya dengan lesen pembedahan (LCP Chapter 3) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

Lokasi (Ibu Pejabat): No. 31-11, Penthouse Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.


5. Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Ditubuhkan pada 2012, Pusat Perubatan Beverly Wilshire adalah sebuah pusat perubatan Premium yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Pusat Perubatan Beverly Wilshire menyediakan perkhimatan pakar kulit estetik, pembedahan kosmetik, pergigian dan pemulihan rambut. 

Pusat Perubatan Beverly Wilshire telah dianugerahkan pelbagai anugerah, antaranya Anugerah Perubatan Pelancongan 2018: Klinik Pembedahan Kosmetik Antarabangsa Tahunan dan Frost & Sullivan Malaysia: Pusat Estetik Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016.

Beverly Wilshire Medical Centre kini mempunyai 3 Pusat yang terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bharu, serta satu klinik pergigian di Kuala Lumpur. Pusat Perubatan Beverly Wilshire merupakan sebuah pusat perubatan yang berjenama dan mendapat kepercayaan dalam rawatan estetik untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Lokasi (Ibu Pejabat): Level 6, 8 & 9, Kenanga Tower, No. 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Review Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Penilaian 4.3/5 bintang di Google.



6. One Doc - Laser dan Estetik

One Doc mempunyai 14 cawangan di Malaysia.

One Doc Facebook Page mempunyai lebih daripada 100,000 likes. Untuk menilai review-review One Doc, kami telah menyenaraikan review review (Google) One Doc mengikut kawasan:


7. Pusat Estetik dan Pembedahan Plastik di Hospital Pakar Avisena

Lokasi: No. 3, Jalan Perdagangan 14/4, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad - Pakar Estetik dan Bedah Plastik
MD (UKM), MS (Plastic Surgery) (USM) - 2012, Fellowship in Microsurgery, Visiting Scholar in Aesthetic Plastic Surgery (Seoul)


8. Toscana Medi Clinic - Publika, Hartamas

Pusat rawatan Toscana mempunyai lesen estetik (LCP Chapter 1) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

Alamat: Unit 01 & 02, Level G4, Block D5, Solaris Dutamas, Publika, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Penilaian Toscana Medi Clinic (Reviews)

Penilaian 4.8/5 bintang di Google.



9. Klinik IDO

Antara Klinik Estetik yang terkenal di Malaysia, Klinik IDO menawarkan penjagaan kulit dan penyelesaian estetik kepada pelanggan mereka. Diterajui oleh sekumpulan doktor yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi, Klinik IDO menyediakan rawatan yang lengkap dalam bidang perubatan estetik, laser dan produk-produk kosmeseutikal.

Kini mengendalikan sebanyak 8 Klinik di seluruh Malaysia; 3 Klinik di Johor, 4 Klinik di Selangor dan Pusat 1 di Pulau Pinang, klinik IDO ini terkenal dengan perkhimatan yang mengutamakan pesakit dan kecemerlangan klinikal dalam bidang laser, penjagaan kulit dan prosedur estetik perubatan. Klinik IDO memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menyediakan penjagaan peribadi kepada setiap pelanggan pada kos yang berpatutan.


10. Bella Clinic

Alamat: 16, Jalan Radin Bagus 1, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Penilaian Bella Clinic (Reviews): 4.8/5 bintang di Google.


Panduan Harga Rawatan Estetik di Malaysia

Sebagai panduan, senarai di bawah adalah harga purata untuk rawatan estetik yang popular di Malaysia:

Rawatan Laser:
  • Fractional CO2 Laser untuk parut jerawat: RM 1800 setiap sesi.
  • Medlite C6 Nd:YAG Laser untuk jeragat: RM 900 setiap sesi.
  • Fotona Spectro Er:YAG + Nd:YAG Laser untuk rawatan laser faraj:  RM 2500 setiap sesi.

Laser YAG Candela:
  • Kedua-dua ketiak: RM 500 setiap sesi.
  • Bibir atas: RM 500 setiap sesi.
  • Seluruh muka / bahagian bikini: RM 800 setiap sesi.
  • Bahagian dada atau belakang: RM 1,500 setiap sesi.
AestheticsAdvisor.com
Botox: RM 600 setiap kawasan.

Dermal Fillers (Restylane/Juvederm): RM 2,200 setiap ml.

Rawatan PRP
  • untuk rambut gugur: RM 2000 setiap sesi.
  • untuk muka: RM 2,000 setiap sesi.
Harga tanam rambut - RM 16,000 (untuk 2000 graf dengan harga RM 8 / graf)

Ultherapy (HIFU) untuk muka: RM 8,000 setiap sesi.

Coolsculpting Zeltiq: RM 2,600 - RM 4,600 setiap sesi.

Phentermine (bahan aktif untuk jenama seperti Duromine, Adipex dan lain-lain jenama yang berkaitan):
  • Phentermine 15 mg dalam bentuk 30 kapsul sekotak adalah sekitar RM 250.
  • Phentermine 30 mg untuk 30 kapsul (sekotak) 
    adalah sekitar RM 360.
Semua harga yang tersebut akan bergantung kepada kemudahan, doktor, dan kawasan di mana rawatan dilakukan.

Untuk harga pembedahan plastik atau kosmetik, sila rujuk kepada Harga Pembedahan Plastik di Malaysia.


Klinik Estetik mengikut Jenis Rawatan

Kami telah menyusun klinik-klinik estetik dan kecantikan yang bertauliah di Malaysia berdasarkan hasil carian Google dan review dari pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan dari klinik-klinik tersebut. Kami telah menyusun klinik estetik terbaik mengikut jenis rawatan:

Langkah Seterusnya?

Jika anda masih mempunyai keraguan tentang klinik mana yang sesuai, sila .


Berkaitan:

Klinik Estetik Selangor


Cara Hilangkan Eyebag

Blackmores untuk jerawat dan parut

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Ensure Gold dan Kebaikan Susu Ensure Gold 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

10 Lampin dan Pampers Terbaik 2024 : Harga dan Review