Harga Pembedahan Plastik di Malaysia 2023

Sedang mencari harga-harga pembedahan plastik di Malaysia?

Kami telah menyusun maklumat harga pembedahan plastik di Malaysia mengikut jenis pembedahan plastik. Di bawah adalah senarai harga pembedahan plastik di Malaysia.



Harga Pembedahan Plastik dan Kosmetik di Hospital Swasta Malaysia

Harga Sedut Lemak di Malaysia

Kos pembedahan sedut lemak atau buang lemak adalah dalam lingkungan RM 10,000 untuk satu kawasan rawatan. Senarai harga purata:
  • Liposuction bahagian perut - RM13,000
  • Liposuction bahagian peha (dua belah) - RM15,000
  • Liposuction bahagian belakang - RM12,000
  • Liposuction bahagian punggung - RM10,000
  • Liposuction bahagian lengan (dua belah) - RM9,000
Saudari perlu berhati-hati untuk prosedur ini. Banyak sangat tempat-tempat yang tak bertauliah. Pastikan anda buat prosedur ini di hospital yang bertauliah dan pakar bedah plastik yang bertauliah.


Harga Tanam Rambut di Malaysia

Kos hair transplant bergantung kepada 2 perkara.

Perkara pertama adalah bergantung kepada teknik doktor mengambil rambut sama ada di bahagian "donor" area atau dari belakang kepala. Perkara kedua adalah bergantung kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor.

Kos purata untuk hair transplant, sama ada teknik FUE atau FUT adalah dalam lingkungan RM 6 - RM 10/folikel rambut di kebanyakan pusat atau klinik hair transplant.

Pastikan anda tahu perbezaan kos untuk satu rambut (kos/rambut) dengan kos untuk satu folikel rambut atau graft (kos/graft). Selalunya, klinik akan menyebut harga secara kos / folikel rambut atau graft. Satu 'graft' mempunyai 2 -3 rambut. Sebagai contoh, kos untuk 500 graft (folikel rambut) adalah berbeza dengan kos untuk 500 rambut. Pastikan anda mendapat penjelasan daripada klinik atau doktor supaya tidak keliru.


Harga Pembedahan Membesarkan Payudara (augmentasi payudara) dengan Implan di Malaysia

Harga implan payudara di Malaysia (kos purata untuk dua belah) - RM 18,000


Harga Pembedahan Mengecilkan Payudara di Malaysia

Kos purata pembedahan mengecilkan payudara (2 belah) - RM 19,000


Harga Pembedahan Buang Lemak Bawah Mata

Kos purata pembedahan buang lemak bawah mata atau kantung mata (2 belah) - RM 5,000

Berkaitan: Eye Bag Removal Malaysia.


Harga Buat Eyelid

Kos purata buat double eyelid (2 belah) - RM 4,000


Harga Pembedahan Hidung di Malaysia

Kos purata pembedahan hidung - RM 13,000


Harga Tummy Tuck di Malaysia

Harga purata tummy tuck (180 darjah) - RM 27,000
Harga purata tummy tuck (360 darjah) - RM 32,000


Harga Hymenoplasty di Malaysia

Kos pembedahan pemulihan semula selaput dara (hymenoplasty) adalah dalam lingkungan RM 6,000 - RM 8,000 bergantung kepada pusat hymenoplasty atau hospital yang terlibat.

Pastikan doktor anda adalah pakar pembedahan yang bertauliah di Malaysia.


Kos Pembedahan Gynecomastia di Malaysia

Kos purata Pembedahan Gynecomastia - RM 17,000


Semua harga yang tersebut akan bergantung kepada kemudahan dan pakar bedah plastik dan hospital di mana pembedahan akan dilakukan.


Langkah Seterusnya?

Jika anda masih mempunyai keraguan tentang klinik mana yang sesuai, sila hubungi kami melalui No. WhatsApp: +60 13 - 998 9982.

Untuk mencari klinik pembedahan plastik di Malaysia, sila klik .

Berkaitan: Klinik Estetik Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

10 Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya 2023

Pakej Bersalin: Harga untuk Hospital Swasta dan Kerajaan di Malaysia