Macam Mana Nak Hilangkan Eyebag di Malaysia 2020

Dengan begitu banyak petua cara hilangkan eyebag atau bengkak bawah mata yang anda boleh baca dalam internet, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Mengikut laman laman internet yang mengesyorkan berbagai cara semulajadi dan tak semulajadi seperti menggunakan sudu, timun, tomato, uncang teh, vaseline, ais, aloe vera dan macam macam lagi, bagaimana anda tahu mana yang berkesan?



Apabila tisu dan otot di sekeliling mata anda menjadi lemah dan longgar, anda akan sedar bahawa bahagian bawah mata anda menjadi hitam dan bengkak. Walau bagaimanapun, produk krim eyebag hanya berkesan sebagai penjagaan pencegahan, dan tidak dapat mengubati eyebag dengan berkesan selepas mereka telah berkembang. Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk menyingkirkan eyebag, seperti rawatan laser, HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) dan juga pembedahan. Bincangkan dengan doktor anda untuk menentukan rawatan yang paling sesuai untuk keadaan anda.




Kos Rawatan Eyebag di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk menyingkirkan eyebag, seperti rawatan laser, HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) dan juga pembedahan.

Kami mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.

Kos rawatan eyebag bergantung kepada beberapa perkara. Perkara yang paling penting adalah bergantung kepada jenis rawatan eyebag.

Kos purata untuk rawatan eyebag dengan mengguna teknologi HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) adalah dalam lingkungan RM 1,000 untuk satu sesi. Kelebihan teknik ini ialah ia merupakan teknik yang tidak invasif dan tidak memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, kelemahan teknik ini ialah kesannya tidak kekal. Anda mungkin perlu menerima rawatan eyebag setiap tahun.

Sebaliknya, rawatan eyebag secare pembedahan mempunyai kesan yang lebih kekal. Kos purata untuk rawatan eyebag secara pembedahan oleh pakar plastik adalah dalam lingkungan RM 5,000.

Krim Mata untuk Menghilangkan Lingkaran Hitam atau Mata Panda

Terdapat beberapa produk krim mata yang boleh anda gunakan bagi menghilangkan kesan ‘mata panda’ ini.

Di bawah adalah senarai terbaik kami. Anda boleh dapatkan produk-produk atau krim mata ini di farmasi yang terdekat anda seperti Guardian Malaysia atau Watsons atau anda boleh beli secara online di Lazada atau Shopee.


1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml)



Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur. 

Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi. 

Anda boleh membeli Simple Kind to Eyes dari farmasi terdekat seperti Guardian atau Watsons atau membeli online di Lazada Malaysia.


2. ROC - Retinol Correxion Eye Cream, 15ml


ROC Retinol Correxion Eye Cream Dark Circles

ROC Retinol Correxion adalah krim mata yang anda boleh cuba untuk mengurangkan kesan lingkaran hitam, kedut kulit dan eyebag.
  • Mengurangkan lingkaran hitam dan eyebag dalam 4 minggu.
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis halus (wrinkle) 
  • Formula bebas minyak


3. Innisfree Jeju Orchid Eye Cream, 30ml


innisfree jeju orchid eye cream dark circles

Dikenali dulu sebagai Krim Mata Innisfree Orchid. 
  • Memperbaiki keanjalan kulit keliling mata
  • Mengurangkan kedutan kulit (wrinkles);
  • Mengurangkan lingkaran hitam bawah mata
  • Bebas dari Paraben
  • Bebas dari bahan wangi sintetik
Beli di Lazada Malaysia


4. Neutrogena Rapid Dark Circle Repair Eye Cream, 3.9ml

Neutrogena Rapid Dark Circle Repair Eye Cream
  • Krim mata Nuetrogena boleh mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dalam 1 minggu.
  • Boleh mengurangkan kedutan kulit (wrinkles).
  • Boleh diguna dibawah mekap.


5. Krim Mata Cosmoderm (Cosmoderm Eye Treatment Gel)


Krim mata dari Cosmoderm ni diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus.

Kelebihan Cosmoderm Eye Treatment Gel : 
  • Menyamankan dan menyegarkan kulit sekitar mata
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan lingkaran gelap
  • Licin, tidak berminyak dan mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis kulit
  • Menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Tiada ujian haiwan 
Dapatkan Cosmoderm Eye Treatment Gel di farmasi terpilih seperti Guardian atau Watsons dan juga boleh beli secara online di Lazada Malaysia.


Petua atau Tips untuk Menghilangkan Eyebag

Sekiranya anda lebih suka untuk menghilangkan eyebag dengan cara anda sendiri (DIY), terdapat beberapa tips atau petua yang boleh anda lakukan bagi menghilangkan kesan ‘eye bag’ ini.

Mari kita lihat senarai terbaik kami!

1. Uncang teh

Mesti anda pernah dengar cara menghilangkan eyebag dengan uncang teh bukan?

Ini kerana kafein yang terdapat dalam teh mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit.

Malahan ia dikatakan dapat melindungi sinaran UV dan berpotensi memperlahankan proses penuaan. 


2. Teknik 'Cold Compress' 

Teknik Cold Compress adalah satu teknik yang sangat mudah dipratikkan untuk menghilangkan kesan eyebag dengan cepat.

Walaupun anda boleh mendapatkan cold-compress yang dijual di kedai, mungkin lebih baik kalau anda mencuba untuk membuatnya sendiri.

Beberapa pilihan DIY yang boleh anda cuba:
  • Sudu besi yang telah disejukkan
  • Hirisan timun yang telah disejukkan
  • Ketulan kiub ais
  • Bungkusan sayuran sejuk beku.
Pastikan anda membalut bahan-bahan tersebut dengan menggunakan kain lembut dan bersih sebelum meletakkannya di kawasan mata untuk mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.


3. Hilangkan eyebag dengan vaseline
  • Sapu rata selapisan nipis dibahagian bawah mata yang gelap sebelum tidur.⠀
  • Lakukan setiap hari secara konsisten sehinnga eyebag hilang.
Teknik ini tidak berkesan untuk eyebag yang sudah teruk atau disebabkan oleh simpanan lemak bawah mata.


4. Mencuci solekan sebelum tidur

Samaada disebabkan oleh keletihan dan rasa lesu selepas kerja, tidur dengan solekan adalah masalah yang kerap berlaku.

Jika anda memakai solekan, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum tidur, atau lebih tepat membasuh muka setiap malam sebelum tidur.

Ini kerana jika anda terus tidur bersama solekan di wajah, anda mungkin akan mengalami kerengsaan, berdepan reaksi alahan dan cenderung untuk mengalami kemerahan, bengkak dan simptom lain.


5. Minum Air yang Mencukupi

Lebih kurang 60% berat badan kita terdiri daripada air.

Kekurangan air dalam badan pastinya akan mempengaruhi kawasan eyebag anda.

Berapa banyak air harus anda minum?

Pakar menyatakan bahawa anda memerlukan 8 hingga 10 gelas sehari. Lebih banyak sekiranya anda bersenam dan perpeluh dengan banyak.


6. Tinggikan bantal

Cara ini boleh membantu untuk mencegah cecair daripada terkumpul pada bahagian mata semasa anda tidur. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan tambahan bantal pada kepala.

Namun pastikan ia tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur dan mungkin mengalami ketegangan pada bahagian leher.


7. Sunblok / Sunscreen

Penggunaan sunblock atau sunscreen setiap hari mampu mengurangkan penuaan pra matang, kanser kulit dan tona kulit tidak sekata.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan kesan eyebag pada mata anda.

Pakar di American Academy of Dermatology mencadangkan bahawa semua orang seharusnya memakai sunblock/ sunscreen kerana perlindungan spektrum luas terhadap sinar UVA dan UVB sangat penting.

Pilihlah sunblock/suncscreen yang mengandungi SPF 30++ atau lebih dan bersifat kalis air.


8. Tidur mencukupi

Anatara lain, punca eyebag ialah apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup.

Menariknya, petua ini tidak memerlukan sebarang objek atau barangan tambahan, tetapi ia sukar untuk dilakukan berikutan kesibukan tugasan harian. Inilah antara cara menghilangkan eyebag yang paling berkesan sekali.

Anda hanya perlu memastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam sehari adalah tempoh yang terbaik bagi seorang individu dewasa.

Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk tidur, anda boleh mencuba kaedah seperti mengelakkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein dalam tempoh 6 hingga 12 jam sebelum waktu tidur, cuba menghindari penggunaan telefon bimbit, sebarang alatan elektronik seperti televisyen sejam sebelum waktu tidur dan cuba untuk tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.


9. AntiHistamin

Alahan boleh menyebabkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata anda.

Anda juga mungkin mengalami mata berair, kemerahan dan gatal.

Ini disebabkan oleh tindak balas sistem imun anda terhadap sesuatu yang merangsangkan tindak balas imun atau alergen.

Jika anda mengalami kesan-kesan seperti ini, cubalah bertanya di farmasi Guardian, Caring atau Watsons tentang ubat-ubatan alergi yang diambil secara over-the-counter.

Antaranya seperti Zyrtec dan Clarityne.

Terdapat beberapa produk penjagaan diri seperti shampoo, mekap atau pewarna rambut yang mungkin menyebabkan alahan.

Sekiranya anda mengalami masalah mengenal pasti punca tersebut, tulis nota dan simpan diari untuk mengetahui apa bahan atau perkara lain yang menyebabkan reaksi.


10. Kuning telur, madu dan lemon

Walaupun petua ini tidak berapa 'saintifik', petua ini merupakan petua yang popular di Malaysia.

Jika ia menjanjikan hasil yang baik, tidak salah untuk mencuba, bukan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan sebiji kuning telur, sesudu teh madu serta sedikit perahan lemon dan gaulkan sebati. Sapukan pada bahagian mata yang sembap dan biarkan semalaman. Cuci selepas bangun dari tidur.


Kesimpulan

Itu dia, klinik-klinik estetik terbaik dan tips terbaik untuk rawatan eyebag anda. Sekiranya terdapat klinik estetik yang kerap disyorkan yang telah kami terabai, sila beritahu kami di dalam komen!



Berkaitan:

Artikel Rujukan (Bahasa Inggeris):

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Harga dan Rawatan Stem Cell di Malaysia 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

10 Suplemen Terbaik untuk Kuatkan Antibodi Badan di Malaysia 2022

10 Klinik Estetik Malaysia Terbaik dan Senarai Harga 2023

Harga dan Pusat Hair Transplant (Tanam Rambut) di Malaysia 2023