Susu untuk Ibu Hamil 0-3 Bulan

Ibu hamil memerlukan nutrien yang tambahan untuk memastikan kesihatan mereka dan bayi yang sedang berkembang. Oleh itu, pemilihan susu yang sesuai sangat penting.

Beberapa kajian klinikal telah mengkaji kesan khusus susu berhubung dengan hasil kehamilan. Canadian Medical Association Journal (CAMJ) mendapati bahawa wanita yang minum satu cawan susu atau kurang setiap hari melahirkan bayi yang lebih kecil daripada ibu yang minum lebih banyak susu, dengan setiap cawan peningkatan dalam penggunaan susu harian meningkatkan berat lahir sebanyak 41 g.

Penyelidikan yang dibentangkan di American Academy of Neurology's Annual Meeting pada April 2010, mendapati bahawa risiko multiple sclerosis adalah lebih rendah pada wanita yang dilahirkan oleh ibu dengan pengambilan susu yang tinggi semasa mengandung.

Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan beberapa jenis susu yang disyorkan untuk ibu hamil untuk membantu memastikan keperluan nutrien mereka tercukupi.


Waktu Sesuai Minum Susu untuk Ibu Mengandung

Terdapat beberapa masa yang sesuai untuk minum susu untuk ibu mengandung, antaranya:

- Selepas sarapan: Ini adalah masa yang sesuai untuk minum susu kerana ia akan membantu membekalkan tenaga sepanjang hari.

- Sebelum tidur: Minum susu sebelum tidur boleh membantu ibu mengandung tidur lebih lena dan merasa lebih selesa.

- Selepas makan: Minum susu selepas makan boleh membantu menetralkan asid dalam perut dan membantu pencernaan.


Susu untuk Ibu Hamil 0-3 Bulan

1. Enfamama A+ / Susu Untuk Ibu Hamil 0-3 Bulan

Produk dari Mead Johnson ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya. Ia sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil atau yang telah berpengalaman. Enfamama A+ ini kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6 dan DHA serta Choline yang membantu tumbesaran janin sempurna. Inulin atau ‘prebiotic’ pula membantu mengekalkan kesihatan usus si ibu.

Susu ini sesuai terhadap kandungan yang berusia 1 hingga 3 bulan.

Harga Susu Enfamama+
RM59.90, 900g di Lazada

RM66.70, 900g di Shopee

Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee

2. Nestle Mom / Susu Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama

Trimester pertama memerlukan nutrien penting seperti folat dan asid folik untuk memastikan perkembangan sistem saraf bayi yang sehat. Ibu hamil juga memerlukan nutrien seperti protein, kalsium, dan vitamin D untuk memastikan perkembangan bayi yang sehat.

Nestle Mom mengandungi gabungan nutrien yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sedang membesar. Susu formula ini sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung ketika berada di trimester pertama.

Ini kerana mengandungi Prebiotik(FOC), Asid Folik, DHA, Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, C, D dan Zink. Semua nutrisi penting ini dapat memberikan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang pada si ibu dan anak.

Selain itu, mengandungi protein yang dapat memberikan keperluan kandungan bakteria baik Bifidus BL yang bertindak melindungi usus si ibu. Paling penting, kandungan susu ini 0% sucrose dimana diperbuat daripada 100% laktosa untuk membantu mengimbangi para gula dalam darah. productnation

Harga Susu Nestle Mom
RM29.50, 600g di Shopee

Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee

3. Similac Mom 900g Susu Ibu Hamil Dan Menyusu Dengan DHA 

Similac Mom 900g Susu Ibu Hamil Dan Menyusu Dengan DHA

Susu ini menyokong pengambilan nutrisi yang disyorkan untuk ibu hamil & menyusu. Rendah lemak untuk pengurusan berat badan yang baik. Dengan 23 vitamin & mineral untuk menyokong hasil pertumbuhan & berat badan yang lebih baik

Harga Susu Similac Mom 



Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee

4. Anmum Materna

anmum materna untuk ibu menyusu


Anmum Materna dirumus khas untuk menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan bayi yang sedang berkembang di dalam rahim. Sesuai diambil oleh wanita yang sedang merancang kehamilan, ibu hamil dan ibu menyusu.

Antara sebab yang membuatkan Ibu suka jenama Anmum ni, kita ada pilihan untuk memilih susunya yang berperisa asli dengan tiada kandungan gula tambahan. Sekiranya anda ingin susu ibu mengandung tanpa gula, memang tak ada lah. Pilihan terbaik selepas itu ialah susu rendah gula.

Susu ini juga juga rendah lemak dan terdapat dalam pek jenis stik yang memudahkan pengambilannya.

Selain itu, Anmum Materna mengandungi khasiat dibawah
  • Gangliosida
  • Asid lemak penting
  • Asid sialik (Sialic)
  • Asid folik yang berperanan penting untuk pertumbuhan mental bayi
Ibu mengandung boleh minum susu ini setiap hari untuk cukupkan keperluan zat besi & asid folik harian.

Harga Susu Anmum Materna

Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee

5. Susu Kambing Bonlife Purenat - Tanpa Gula

susu kambing untuk ibu menyusu

Susu Bonlife PURENAT MOM ini sesuai untuk ibu hamil, wanita yang cuba untuk mengandung, wanita berpantang serta ibu menyusukan anak. Susu ini juga sesuai untuk wanita yang vegetarians serta yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Selain itu, susu ibu mengandung tanpa gula tambahan ini mengandungi diet trans lemak yang tinggi dimana dapat menyihatkan si ibu dan anak dalam kandungan. Paling penting, tidak mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna tiruan kerana bahan ini tidak selamat untuk ibu hamil dan menyusu.

Susu kambing yang menjadi bahan utama membantu sistem penghadaman, meningkatkan imunisasi dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi. Malah, sesuai untuk ibu menyusu kerana dapat meningkatkan demand susu untuk si comel anda.

Cara pengambilan susu ini dengan mencampurkan 4 skop (32g) ke dalam 250ml air suam. Disarankan mengambil satu cawan setiap hari.

Harga Susu Bonlife Purenat Mom

RM145, 800g di Lazada

RM138, 800g di Shopee

Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee

6. Wildan Mama Premium Susu Kambing


Setiap cawan Mama Premium mengandungi ramuan bermutu terpilih dan telah melalui prosedur kawalan kualiti yang sangat ketat.

Rendah Kalori
Tanpa kandungan gula putih yang membahayakan kesihatan, sebaliknya kami menggantikan gula nano untuk perisa vanila sebagai pemanis yang tidak mengganggu paras gula dalam darah. Untuk perisa asli, tiada sebarang pemanis ditambah.

Tanpa Hamis Kambing
Menggunakan teknologi dari Belanda untuk menghasilkan serbuk berkualiti tinggi tanpa bau hamis kambing tetapi masih mengekalkan khasiat seperti pada susu kambing segar.

Khasiat Tambahan
Susu kambing yang telah pun sedia berkhasiat ditambah lagi kebaikannya dengan khasiat dari ekstrak habbatus sauda, kurma & juga gam arab.

Harga Susu Wildan Mama Premium Susu Kambing



Tiada stok? Cari di Lazada / Shopee



FAQ

Kelebihan Susu Untuk Ibu Hamil

1. Kaya kalsium untuk membina tulang & gigi yang kuat

Susu adalah sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang & gigi. Dan, setiap hari bekalan kalsium dalam badan kita semakin hilang. Jadi penting untuk kita tambah semula supaya simpanan kalsium sentiasa cukup. Sekiranya ibu hamil kurang mengambil minuman & makanan yang kaya kalsium, Risiko untuk kita kehilangan kalsium dari tulang bertambah.

Tapi, bagi ibu yang ada masalah berat badan dan ada sejarah keluarga menghidap kencing manis semasa hamil pastikan tanya doktor dulu sebab susu pun ada kandungan gula juga. Untuk elak kencing manis pilih susu yang rendah gula. Tak kiralah susu segar ataupun susu tepung.

Bagi ibu hamil yang sihat, berapa cawan susu yang baik diambil setiap hari?

Menurut USDA, ibu hamil yang sihat minum 3 cawan susu setiap hari

Keperluan kalsium ibu hamil menurut umur
  • 19 tahun ke atas ~ 1,000mg kalsium / hari
  • 18 tahun ke bawah ~ 1,300mg / sehari. 

1 cawan susu rendah lemak seperti jenama susu hl untuk ibu membekalkan 305 mg kalsium
Jadi contohnya jika kita berusia 30 tahun & sedang hamil, boleh lah minum 3 cawan susu hl untuk wanita mengandung cukupkan kalsium harian. Lain pula bagi wanita yang kahwin muda, lepas habis SPM dah kahwin, usia 18 tahun perlu minum 4 cawan susu sehari.
Selain kalsium, susu juga kaya dengan protein.

2. Protein untuk pembesaran janin

Ahli sukan memang digalakkan minum susu sebab mereka perlukan tulang & otot yang kuat.Ibu mengandung pun sama. Semasa hamil, berat badan bertambah, perut pun makin besar, protein & kalsium dari susu akan membantu tisu & otot yang sihat

Protein & Susu

a. Kandungan protein dalam susu.
Secara umumnya, 1 cawan susu rendah lemak yang membekalkan 8.22 g protein.
Cara terbaik untuk cek ialah cuba semak jadual label nutrisi di belakang botol susu.

b. Kebaikan protein dalam susu.
Protein mempunyai beberapa fungsi penting semasa kehamilan iaitu:
  • Pembentukan rahim
  • Penghasilan darah
  • Pembinaan payudara untuk mengeluarkan susu ibu
  • Perkembangan bayi
  • Bantu mengawal paras gula darah & kenyang lama
  • Membantu kawal selera makan

Diet ibu mengandung yang kekurangan akan menyebabkan:
  • Berat kelahiran bayi yang rendah
  • Masalah kesihatan selepas bayi lahir
Pastikan kita dapatkan pandangan doktor sebelum melakukan perubahan drastik pada pemakanan kita.
Susu juga kaya dengan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik

3. Vitamin D dalam susu bantu tulang & gigi yang kuat.
Susu kaya dengan vitamin D, khasiat penting semasa hamil untuk mengelakkan berat badan yang rendah. Kajian menunjukkan, ibu yang minum susu akan mencukupkan 59% keperluan vitamin D harian.

4. Mengelakkan gastrik ketika mengandung
Susu dapat mengurangkan asid perut yang boleh menyebabkan gastrik dan masalah pedih ulu hati semasa hamil yang kerap berlaku di terimester ke 3.
1 gelas susu sejuk akan mengurangkan masalah pedih ulu hati & masalah gastrik. Baik hati hati sebelum kena kan.

5. Sumber air
Susu membekalkan air yang diperlukan badan. Ibu hamil mestilah memastikan air yang diminum mencukupi supaya semua proses dalam badan berjalan dengan lancar.

6. Anak membesar lebih tinggi & risiko diabetes berkurangan.
Ibu hamil yang minum susu akan mempunyai anak yang lebih tinggi. Anak ini juga lebih rendah risiko menghidap diabetes sepanjang hayat kerana kandungan hormon insulin dalam badan lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang kurang minum produk susu.


Berkaitan..

Susu untuk Tambah Susu Badan

Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 3

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

Harga Susu Ensure Gold dan Kebaikan Susu Ensure Gold 2023

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

10 Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya 2023