Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

Pusat Sakit Lutut Terbaik di Malaysia 2022

Imej
Sedang mencari pusat sakit lutut terbaik di Malaysia? Dengan begitu banyak petua cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat di internet, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Masalah sakit sendi lutut atau dalam bahasa perubatan, 'Knee Osteoarthritis (OA)' adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua. Pusat-Pusat dan Klinik-klinik Terbaik di Malaysia untuk Rawatan Sakit Lutut Dengan begitu banyak pust sakit lutut yang menawarkan rawatan di seluruh Malaysia, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Hanya melakukan carian Google dan pilih dari sana. Bunyi mudah, kan? Kami telah menyusun klinik-klinik sakit lutut yang memberi rawatan sakit lutut, berdasarkan hasil carian Google dan review dari pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan dari klinik-klinik tersebut. 1. Sports Medicine UMMC (Pusat Perubatan Universiti Malaya) Alamat: Lembah Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. Phone: 03-7949 2994

Harga Rawatan Stem Cell di Malaysia dan Klinik Rawatan Stem Sel Terbaik (2022)

Imej
Mencari rawatan stem cell terbaik di Malaysia? Antara soalan-soalan popular adalah: Risau sama ada rawatan stem cell dikendalikan oleh doktor bertauliah di Malaysia? Kurang pasti tentang harga Rawatan Stem Cell di sekitar Malaysia? Harga Rawatan Stem Cell di Malaysia Kos rawatan stem cell bergantung kepada beberapa perkara. Perkara pertama adalah bergantung kepada jenis rawatan dan perkara kedua bergantung sama ada rawatan anda diberikan di pusat kerajaan atau swasta. Kos purata untuk rawatan menggunakan stem cell hematopoietik (HSC - Hematopieitic Stem Cells) untuk rawatan kanser darah (leukaemia dan lymphoma) adalah dalam linkungan RM 200,000 - 250,000 di pusat-pusat swasta. Melalui Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, kos rawatan dapat dikurangkan ke dalam linkungan RM 40,000 - 60,000 di Hospital Universiti. (Rujukan:  1st National Stem Cell Congress held in November 2012 ). Selain daripada penggunaan untuk rawatan kanser darah, lain-lai

Blackmores untuk Jerawat dan Parut Jerawat

Imej
  1. Vitamin C - Manfaat Blackmores Vitamin C 500 mg  Vitamin C mempunyai khasiat dan fungsi anti-oxidan dalam penghasilan kolagen untuk membantu individu mendapatkan kulit yang sihat. Disebabkan peranan vitamin ini terhadap penghasilan kolagen, ia mampu mengurangkan kesan kedutan pada kulit dan secara tidak langsung, akan menampakkan kulit wajah yang lebih muda. Ia juga mampu membantu dalam mengurangkan kerosakan dan kematian sel disamping mempunyai fungsi menyembuhkan luka pada kulit. Disebabkan itu, kita dapat melihat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan kulit yang mempunyai kandungan vitamin C dan kita boleh lihat terdapat pelbagai produk vitamin c untuk kulit di farmasi. Disebabkan vitamin ini boleh didapati melalui pelbagai jenis makanan dan di klinik atau farmasi seperti Watsons atau Guardian, penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C jarang dilihat. Vitamin C terbaik adalah dengan memakan buah-buahan sitrus seperti buah oren dan strawberi, sayur-sayuran seperti bro

9 Pencuci Muka untuk Jerawat dan Jeragat 2022

Imej
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa. Jeragat adalah tompok-tompok hitam yang sering terjadi pada bahagian hidung, pipi sekitar mulut serta dahi. Jeragat terhasil daripada pembentukan minyak di liang-liang muka dan pengumpulan sel-sel kulit yang mati. Kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat bagi kulit cerah dan berwarna hitam bagi kulit gelap. Punca Utama Kewujudan Jerawat - Peningkatan Hormon Testosteron dan Androgen - Tidak Mencuci Solekan Dengan Bersih - Kesan Sampingan Ubat - Genetik - Tekanan - Kedatangan Haid atau Kehamilan - Terdedah dengan udara yang tercemar - Turun Naik Kadar Hormon Punca Jeragat - Usia - Keturunan - Sinaran Matahari - S

Harga dan Kebaikan Susu Enfalac Step 2

Imej
Untuk para ibu bapa yang tidak ada pengalaman dengan pembelian susu untuk bayi anda, anda pasti keliru dengan harga Enfalac yang berbeza-beza di Malaysia.  Untuk para ibu bapa yang kali pertama membeli susu bayi, anda mungkin keliru dengan perkataan seperti 'Langkah 1' dan 'Langkah 2': Susu Enfalac 'Langkah 1' (Step 1): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia sejak lahir hingga umur 12 bulan. Susu Enfalac 'Langkah 2' (Step 2): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia lebih daripada 6 bulan hingga 18 bulan. Susu 'Langkah 3' (Step 3): Susu bayi ini sesuai untuk bayi yang berusia daripada 1 tahun ke atas. Kami telah membuat kajian online untuk membantu anda. Jadi, ini adalah senarai harga Enfalac di Malaysia untuk anda jadikan panduan dan pilihan. Susu Jenama Enfalac di Malaysia Enfalac merupakan satu daripada jenama susu bayi yang paling popular di Malaysia. Jika anda membuat carian "Google', anda mungkin terserempak dengan jenama

10 Suplemen Terbaik untuk Kuatkan Antibodi Badan di Malaysia 2022

Imej
Sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang amat penting. Tanpa sistem imun, anda akan mudah sekali jatuh sakit akibat virus corona dan virus-virus dan kuman-kuman yang lain. Sistem imun, juga sering disebut sebagai sistem kekebalan tubuh, fungsinya harus dijaga dengan baik untuk melindungi anda dari serangan virus. Seperti perisian anti-virus untuk komputer, sistem imun kita melindungi badan kita dari serangan virus sebenar seperti virus COVID-19. Bagaimana Menguatkan Sistem Imun Kita? Walaupun beberapa faktor yang tidak terkawal seperti genetik, mereka yang lebih cenderung kepada penyakit virus boleh menguatkan sistem imun mereka melalui perubahan gaya hidup. Perubahan yang lebih jelas termasuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, cuci tangan anda dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan, dan mengurangkan tekanan stres (2). Cara yang kurang dikenali untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh anda termasuk menjadi lebih aktif, tidak m