8 Syampu Terbaik Untuk Rambut Gugur Di Malaysia 2022

Apakah Penyebab Rambut Gugur?

Jikalau anda masih tertanya-tanya:

Rambut gugur sebanyak seratus helai (Mana-mana kuantiti antara 50 hingga 100 menurut healthline.com) setiap hari adalah sangat normal.

Bagaimanapun, lebih daripada jumlah itu, ia mungkin akan menyebabkan botak. Dan ia mungkin berlaku disebabkan oleh banyak faktor!

  • Tekanan
  • Keturunan
  • Rawatan perubatan (cth. kimoterapi)
  • Hormon-hormon (cth. Selepas kehamilan, umur, dsb)
  • Emosi atau trauma fizikal
  • Pengayaan rambut yang berlebihan atau melampau (anda terlalu kerap guna pengering rambut )
  • Keadaan perubatan tertentu (cth. gout, diabetes, dsb)
  • Penurunan berat badan yang melampau
  • Kerap menggaru (cth. Kulit kepala gatal, kelemumur, dsb)
  • Merokok (terutama jika anda lelaki)

Rambut gugur boleh jadi sementara atau kekal. Sebagai contoh, jika botak sebelum usia ada berlaku dalam keluarga anda, biasanya ia tidak boleh diubah.

Adakah Syampu Rambut Gugur Berkesan?

Malangnya, syampu rambut gugur tidak pasti berjaya untuk dapatkan rambut anda semula atau untuk menghalang botak sebelum usia!

Cara yang lebih baik adalah dengan menilai apakah yang menyebabkan rambut anda gugur! Kerana, jenis keguguran rambut adalah penting menurut Dr. Jerry Shapiro, ahli dermatologi bagi keguguran rambut.

Jadi, walaupun anda mahu mempercayai dengan apa yang anda lihat pada beberapa iklan:

Sesetengah syarikat hanya mahukan duit cepat dengan mengambil kesempatan diatas penderitaan ini.

Namun ada juga syarikat yang menggunakan produk tulen, seperti yang anda boleh lihat dalam senarai kami di bawah!

Hanya kekalkan harapan yang realistik tentang syampu rambut gugur iaitu:

  • Jumlah folikel-folikel rambut pada kepala anda tidak akan bertambah
  • Satu botol sudah memadai untuk melihat hasil
  • Anda tidak boleh kembalikan rambut pada bahagian botak (cth. Bahagian yang tidak lagi mempunyai rambut)
  • Selalu biarkan syampu pada kulit kepala anda sekurang-kurangnya beberapa minit sebelum membilasnya

Apa Yang Syampu Rambut Gugur Boleh Lakukan?

  • Menguatkan rambut dan folikel rambut anda supaya ia tidak mudah gugur
  • Menebalkan helaian rambut individu
  • Membaiki aliran darah pada kulit kepala anda (berharap untuk merangsang pertumbuhan)
  • Membersihkan folikel-folikel rambut anda daripada kotoran, sebum berlebihan dan produk rambut yang melekat pada kulit kepala yang akan menghalang pertumbuhan rambut baru
  • Merawat kulit kepala yang gatal
  • Menawarkan pengawalan minyak

Bahan-Bahan Utama Dalam Syampu Rambut Gugur

Ianya sentiasa merupakan satu bonus untuk menemui syampu untuk keguguran rambut (atau tonik rambut) yang disertai dengan vitamin untuk merawat keguguran rambut. Juga, bahan-bahan khusus seperti berikut:

1. Ketoconazole

Ketoconazole bertindak dengan membaiki kepadatan rambut dan merawat kulit kepala daripada kelemumur dan pityriasis fungus.

Sesetengah syampu anti kelemumur terbaik mempunyai bahan ini sebagai bahan aktif mereka!

2. Kafein

Kafein menghalang pengeluaran folikel rambut yang terbantut disebabkan oleh peningkatan testosteron.

3. Biotin

Biotin menguatkan rambut anda dan ianya penting untuk folikel-folikel rambut sihat!

Dan nampaknya terdapat hubungan secara langsung antara wanita yang mengalami keguguran rambut dengan kekurangan biotin.

4. Saw Palmetto

Tumbuhan beri yang nampak biasa-biasa ini membantu untuk mengawal pengeluaran testosteron dengan produk, DHT. Dimana ia berkaitan dengan rambut gugur.

Sumber: www.healthline.com

Bagaimana Untuk Memilih Syampu Rambut Gugur Yang Terbaik

1. Tentukan Jenis Rambut Dan Kulit Kepala Anda:

Hampir sama seperti memilih serum rambut atau syampu terbaik di Malaysia, jenis rambut dan kulit kepala anda sangat penting!

Kulit kepala yang berminyak akan memberi reaksi negatif pada syampu yang mempunyai kandungan pelembap yang sangat tinggi! Manakala, kulit kepala yang kering dan berwarna perlukan lebih hidrasi!

  • Rambut Berminyak– Cari: syampu dengan pH seimbang
  • Rambut Normal – Cari: syampu sederhana dan normal
  • Rambut Kering– Cari: syampu melembapkan

2. Periksa Bahan-Bahan Pada Label

Ini sangat penting kerana banyak syampu yang biasa ditemui sebenarnya merengsakan kulit kepala anda!

Ia bukan sahaja menyingkirkan kotoran, malah juga protein-protein dan minyak-minyak semulajadi pada rambut anda!

Bahan alternatif semula jadi adalah jauh lebih lembut pada kulit kepala walaupun ia tidak begitu berbuih.

3. Elakkan Syampu Dengan Bahan-Bahan Ini

Secara umumnya, anda seharusnya cuba untuk elak menggunakan syampu yang mempunyai bahan utama seperti berikut:

  • Sulfate (sodium lauryl sulfate, myreth sulfate, dan ammonium lauryl sulfate)
  • Alkohol
  • Pewarna tiruan
  • Pengawet (paraben)
  • Pewangi tiruan (Phthalates, Propylene Glycol)

10 Shampoo Terbaik Untuk Rambut Gugur Di Malaysia 2022

Syampu Yang Disyorkan Untuk Melawan Keguguran Rambut

  • Terbaik untuk mengawal minyak – Alpecin Caffeine Shampoo C1, Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp, atau The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo
  • Terbaik untuk keguguran rambut disebabkan kekurangan biotin/selepas-bersalin/menopause – Pura D’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo
  • Terbaik untuk rambut rosak – Shea Moisture Jamaican Black Castor Oil Strengthen And Restore Shampoo
  • Terbaik untuk rambut nipis – MARO 3D Volume Up Shampoo or Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo
  • Terbaik dari segi harga – HELLSE Ginger Hair Shampoos
  • Syampu anti rambut gugur farmasi terbaik – Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo
  • Terbaik untuk kulit kepala kering – Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo
  • Terbaik untuk kulit kepala berminyak – KLORANE Quinine Shampoo 400ml Anti Hair Fall

1. SMIB [스미브] Anti Hair Loss Shampoo 500ML

Selepas bertahun-tahun penyelidikan di Korea, Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] membentangkan satu kejayaan menggunakan kalsium karang sebagai bahan utama untuk mengekalkan kulit kepala yang sihat dalam bentuk Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브].

Kalsium diperlukan* untuk fungsi penghalang kulit dan kalsium karang adalah kalsium berkualiti tinggi yang diambil daripada karang (bukan karang hidup).

Penyelidikan meluas oleh SMIB [스미브] telah menunjukkan bahawa ia sebagai alternatif yang lebih baik daripada suplemen kalsium biasa yang mempunyai keterlarutan air yang rendah.

Sumber* = https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5929942/

Bersama-sama dengan pengurut kulit kepala ber-pemegang dengan teknologi plasma mereka, SMIB [스미브] telah melakukan ujian yang ketat untuk membuktikan bahawa kalsium karang dan teknologi plasma adalahberkesan secara konsisten untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala.

Dengan itu, ia menghalang rambut rosak yang akhirnya berpotensi menyebabkan keguguran rambut. Dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dengan mengekalkan penghalang kulit yang melindungi kulit kepala anda (dan seterusnya rambut).

Menggunakan syampu juga akan membantu masalah biasa yang berkaitan dengan kulit kepala yang tidak sihat – seperti sebum berlebihan, kelemumur, kegatalan berterusan, rambut pecah, rambut gugur yang berlebihan, dsb.

Lebih-lebih lagi, syampu anti keguguran rambut ini diuji untuk bersifat hipoalergenik dan tidak mempunyai silikon atau bahan berbahaya (23** secara tepatnya) seperti isobutyl paraben, butyl paraben atau methonal dalam formulanya.

Bau syampu itu menyenangkan dan juga terasa sangat menyegarkan ketika menggunakan syampu ini.

Sebagai bonus tambahan yang tidak dijangka, selain membersihkan kulit kepala anda dan mengurangkan sebum dan minyak berlebihan, Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] juga bagus untuk menghilangkan pembentukan sisa produk rambut.

Secara keseluruhannya, ramai yang mendapati harga Syampu Anti Rambut Gugur SMIB [스미브] berbaloi kerana ia membantu dengan keguguran rambut dan berkesan pada kulit kepala yang berminyak dan juga gatal.

Untuk hasil yang optimum (kulit kepala yang lebih baik dan rambut sihat secara keseluruhan), dapatkan syampu dalam satu set (SMIB [스미브] Set Rawatan Pertumbuhan Semula Rambut) bersama-sama dengan rawatan, Plasma Scalp Massager dan esen (Set Premium Anti Rambut Gugur SMiB).

  • Saiz Tersedia: 500ml
  • Bahan Utama: Kalsium Karang, Zink Pyrithione, Panthenol, Asid Salisilik dan 11 ekstrak kompleks marin
  • Harga: Semak Harga

2. Alpecin Caffeine Shampoo C1

Ianya amat sayang bahawa produk ini mengandungi SLS, tetapi Alpecin Caffeine Shampoo C1 menjadikan rambut anda bersinar dan lebih lebat! Memberikan anda penampilan yang lebih lengkap!

Pengguna menyatakan telah melihat keguguran rambut yang kurang walaupun hanya selepas seminggu penggunaan! Dan ditambah pula dengan tanda-tanda pertumbuhan rambut! Untuk hasil terbaik, biarkan syampu di atas kulit kepala anda untuk beberapa minit sebelum membilasnya!

Yang paling penting – ia berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut tetapi boleh menyebabkan masalah lain (contohnya kelemumur)! Jadi kami berpendapat bahawa ia sesuai untuk kulit kepala berminyak memandangkan ia boleh agak mengeringkan!

Alpecin Caffeine Shampoo C1
  • Saiz Tersedia: 250ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Gugur
  • Bahan-bahan Utama: Kafein, Protein Gandum Terhidrolisis, Asid Sitrik
  • Harga: RM28

Kelebihan:

  • Bau harum (wangian maskulin)
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Sensasi yang menyegarkan
  • Mencuci dengan bersih (berbuih banyak)

Keburukan:

  • Bagi sesetengah pengguna, ia boleh mengambil masa sehingga 8 bulan untuk mula melihat pertumbuhan rambut.
  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

3. Pura D’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo

Terbaik Untuk Keguguran Rambut Disebabkan Kekurangan Biotin/Selepas-Bersalin/Menopause

Kebiasaannya, syampu bebas daripada SLS dan semulajadi adalah lebih mahal. Pura d’or Original Gold Label Anti-Hair Thinning Shampoo juga tidak terkecuali!

Anda akan selalu melihat produk ini pada senarai syampu terbaik untuk rambut gugur!

Tetapi Womenshealthmag menyenaraikan produk ini sebagai syampu yang bagus untuk masalah keguguran rambut! Kerana ia mengurangkan masalah rambut putus! Dengan 5000+ ulasan hebat di Amazon untuk menyokong kenyataan itu!

Dan daripada apa yang kami boleh katakan, kebanyakan pengguna melihat hasil positif (kurang rambut gugur) setelah beberapa botol digunakan atau beberapa bulan penggunaan! Cubalah produk ini jika anda mengesyaki masalah keguguran rambut anda disebabkan kekurangan biotin!




Saiz Tersedia: 473ml
Sesuai Untuk: Masalah Rambut Gugur
Bahan-bahan Utama: Biotin, Netel, Biji Labu, Minyak Biji Jintan Hitam, Minyak Argan, Minyak Cedarwood Bark, Minyak Daun Pokok Teh, Minyak Daun Rosemary, Aloe Vera, Ekstrak Buah, Ekstrak Akar He Shou Wu, Ekstrak Daun Teh Hijau
Harga: RM209.9

Kelebihan:
  • Hipoalergenik, vegan, bebas daripada gluten dan tiada ujikaji ke atas haiwan
  • Tanpa paraben
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Tidak memberatkan rambut anda
  • Berbau seperti-herba, seakan-akan bau ginseng
  • Sebahagian pengguna melaporkan mengalami pertumbuhan semula rambut
Keburukan:
  • Mahal

4. Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo

Syampu Anti Rambut Gugur Farmasi Terbaik

Diformulasikan tanpa penggunaan parabens, sulfates, phthalates, pewarna tambahan, pengawet berbahaya, GMO (bahan diubahsuai genetik):

Syampu semulajadi ini tidak menyucikan (clarifying) kulit kepala dan rambut, seperti syampu lain yang terdapat dalam senarai ini yang membuatkannya sesuai utuk kulit kepala lebih kering atau kulit sensitif.

Dan daripada pengalaman kami, anda perlu menggunakannya dengan lebih banyak untuk mencuci kulit kepala yang berminyak tetapi keguguran rambut menampakkan kekurangan selepas beberapa bulan! Dan dengan penggunaan harian, terdapat tanda-tanda kecil kelemumur.

Tanpa mempedulikan samada anda mempunyai kulit kepala yang kering atau berminyak, Petal Fresh Hair Rescue Ultimate Thickening Shampoo dari Amerika adalah salah satu syampu terbaik untuk rambut gugur yang anda boleh dapatkan dari farmasi di Malaysia! Ia tidak begitu mahal juga.

Nota: Juga terdapat perapi dalam rangkaian yang sama.

Saiz Tersedia: 355ml
Sesuai Untuk: Masalah Rambut Nipis
Bahan-bahan Utama: Biotin-B Complex, Kafein, Ekstrak Daun Pudina, Minyak Daun Rosemary, Ekstrak Buah Saw Palmetto, Ekstrak Bunga Kamomil, Jus Daun Aloe Vera, Ekstrak Horsetail, Minyak Biji Kukui, Ekstrak Daun Teh Hijau, Minyak Buah Zaitun, Minyak Biji Jojoba, Ekstrak Bunga Marigold, Vitamin B5, Minyak Pudina, Vitamin B3
Harga: RM41.9

Kelebihan:
  • Bahan-bahan organik yang disahkan
  • Vegan, tanpa gluten, warna selamat
  • Tanpa paraben, sulfat, phthalates, pewarna tambahan, bahan pengawet pedih, GMO, dsb
  • Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur
  • Berbau dan terasa seperti pudina yang segar
  • Sedikit sebanyak menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Tidak mengeringkan
Keburukan:
  • Mahal

5. Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp

Grafen Hinoki Anti Hair Loss Shampoo For Oily Scalp dari Korea ini mengandungi beberapa bahan (asid salisilik, asid sitrik dan menthol) yang mungkin akan memburukkan lagi pada kulit kepala yang sensitif:

Bagaimanapun, bahan-bahan tersebut dapat mengawal pengeluaran minyak. Ramai di kalangan pengguna menyatakan mereka melihat rambut gugur berkurangan dalam masa seminggu penggunaan!

Salah satu daripada bahan utamanya adalah air sipres yang diambil daripada spesies pokok spesifik yang terdapat di Jeju. Air sipres mengandungi phytoncide yang merupakan agen anti bakteria!

Kami tidak boleh mengesyorkannya dengan cukup sekiranya anda mudah tertarik pada produk berbau wangi! Dan jika masalah utama anda adalah hanya kulit kepala berminyak!

Syampu Anti Rambut Gugur Untuk Kulit Kepala Berminyak Grafen Hinoki
  • Saiz Tersedia: 300ml, 500ml
  • Sesuai Untuk: Masalah Rambut Nipis Dengan Kulit Kepala Berminyak
  • Bahan-bahan Utama: Ekstrak Akar Licorice, Niasinamida, Ekstrak Morus Alba Bark, Asid Salisilik, Asid Sitrik, Panthenol, Ekstrak Akar Ginseng
  • Harga: ~RM69

Kelebihan:

  • Bebas daripada Paraben, alkohol, silikone
  • Berbau sangat wangi (aroma bunga tetapi tidak kewanitaan) tanpa berbau terlalu kuat
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Rasa menyejukkan
  • Berbuih banyak dan mencuci dengan bersih
  • Sesuai dengan kulit kepala iaitu mempunyai pH 5.5
  • Bekas dispenser pam yang mudah

Keburukan:

  • Mengandungi SLS dan boleh mengeringkan
  • Tidak berbau seperti Hinoki

6. Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo

Terbaik Untuk Kulit Kepala Kering

Walaupun kami tidak berpuas hati bahawa bahan pewangi terdapat dalam senarai bahan Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo:

Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo

Ia tidak berbau busuk sama sekali. Dan anda akan memperolehi rasa pudina yang menyenangkan pada kulit kepala anda apabila anda menggunakannya.

Formula ini mengandungi biotin dan banyak ekstrak tumbuhan berkaitan pudina semulajadi serta peptida untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

Terdapat juga bahan penenang seperti teh hijau dan ekstrak centella.

Tambahan lagi, ia berkesan untuk mengurangkan rambut gugur bagi ramai pengguna. Ada juga yang melihat tanda-tanda pertumbuhan rambut.

Selain itu, ia tidak mengeringkan kulit kepala atau rambut jadi anda harus benar-benar cuba menggunakan Some By Mi Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo jika anda sedang mengalami keguguran rambut yang kerap dan mempunyai kulit kepala yang kering.

Tidak rugi kerana harganya juga berpatutan!

  • Saiz Tersedia: 285ml
  • Sesuai Untuk: Mengurangkan Rambut Gugur
  • Bahan Utama: Mentol, Asid salisilik, Panthenol, Biotin, Butilena Glikol, Ekstrak Daun Peppermint, Ekstrak Spearmint, Pelbagai Peptida,
  • Harga: ~RM35

Kelebihan:

  • Mengurangkan rambut gugur
  • Bau menyenangkan
  • Tidak mengeringkan kulit kepala atau rambut
  • Harga berpatutan
  • Rasa mentol yang menyegarkan

Kekurangan:

  • Formula mengandungi asid salisilik dan pewangi (boleh merengsakan kulit sensitif)

7. Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo

Kérastase Densifique Bain Densité Shampoo memberikan hasil agak signifikan dan cepat (sepantas 2 minggu).

Formula mengandungi ceramides untuk meleraikan kusutmenguatkan dan menyinarkan rambut anda.

Semakin rambut menjadi lebat, ia menambah helaian  rambut yang bercirikan nipis dan halus selepas beberapa cucian. Namun begitu, untuk perubahan jangka masa panjang , hanya beberapa pengguna sahaja yang mengalami pertumbuhan rambut baru.

Itulah sebabnya kami hanya mencadangkan produk ini sebagai penyelesaian pantas untuk memberikan rambut anda tambil lebih lebat dalam jangka masa yang singkat!

  • Saiz Tersedia: 250ml
  • Sesuai Untuk: Rambut Nipis Yang Ketara
  • Bahan-bahan Utama: Asid Hialuronik, Gluco Peptide, Ceramides, Protein Gandum Terhidrolisis, Asid Sitrik
  • Harga: RM99

Kelebihan:

  • Lebih murah berbanding dengan pilihan-pilihan lain dalam senarai ini
  • Menambah kelebatan rambut pada rambut nipis dan normal
  • Lembut pada rambut berwarna
  • Haruman yang menyenangkan dan kekal pada rambut
  • Anda juga tidak perlu menggunakannya dengan banyak untuk setiap kali

Keburukan:

  • Mengandungi pewangi
  • Sodium laureth sulfate adalah salah satu daripada bahan utama (tidak bagus untuk rambut anda untuk jangka masa panjang)

8. MARO 3D Volume Up Shampoo

Terbaik Untuk Rambut Nipis

MARO 3D Volume Up Shampoo mendakwa yang syampu mereka mampu meningkatkan kelebatan rambut anda sehingga 1.5 kali ganda! Syampu Jepun ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ia membersihkan pori-pori anda dengan sempurna, menyeimbangkan kulit kepala anda (cth. tidak terlalu kering atau berminyak) dan mencerahkan rambut daripada akarnya. Terdapat juga protein soya terhidrolisis, whey dan glutamic acid untuk menguatkan rambut anda!

Hasil boleh dilihat selepas beberapa cucian, dan dimana rambut yang nipis sudahpun kelihatan lebih tebal dan lebih beralun! Rambut juga terasa lebih lembut selepas itu!

Jika anda seorang yang gemar menggayakan rambut anda, anda mungkin akan menyukai tekstur yang produk ini akan berikan pada anda!

Syampu 3D Volume Up MARO
  • Saiz Tersedia: 460ml
  • Sesuai Untuk: Lelaki, Kulit Kepala Kering & Normal Dengan Rambut Menipis
  • Bahan-bahan Utama: Ekstrak Bunga / Daun / Batang Epilobium Angustifolium, Protein Kedelai Hidrolisis, Whey, Asid Glutamin, Ekstrak Royal Jelly, Ekstrak Tembakau Soybesn, Ekstrak Lily Blackberry, Ekstrak Archangelica, Ekstrak Buah Zizyplus Jujuba, Ekstrak Artemisia Absinthium
  • Harga: RM96.5

Kelebihan:

  • Tanpa Silikone
  • Berbau wangi yang uniseks (neutral -tidak berbau kelelakian atau kewanitaan)
  • Berbuih banyak
  • Terdapat kacang soya terhidrolisis, gandum dan asid glutamik untuk menguatkan rambut anda!
  • Rasa pudina
  • Mengurangkan kelemumur dan rambut gugur

Keburukan:

  • Tidak bebas-SLS atau bebas-alkohol (ia boleh mengeringkan dan terlalu kasar untuk rambut yang diwarnakan)
  • Mempunyai pewangi (boleh merengsakan kulit sensitif)

Kesimpulan

Syampu terbaik untuk keguguran rambut di Malaysia cenderung untuk mempunyai harga yang mahal. Terutamanya jika anda mencari yang formula bebas-SLS!

Namun begitu, kami berpendapat menumpukan perhatian pada punca keguguran rambut anda adalah lebih penting! Pastikan anda melihat cadangan-cadangan yang disyorkan (di bahagian atas) mengenai pelbagai punca yang berbeza bagi keguguran rambut.

Sumber Utama: https://bestbuyget.com/ms/shampoo-terbaik-untuk-rambut-gugur-malaysia/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Ensure Gold dan Kebaikan Susu Ensure Gold 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

10 Lampin dan Pampers Terbaik 2024 : Harga dan Review