Kebaikan Sel Stem Kepada Manusia

Di dalam tubuh manusia, sel stem berfungsi sebagai sistem pemulihan dalaman semasa pertumbuhan awal dan di sepanjang hayat. Apabila sel stem membahagi, ia berpotensi membeza kepada sel dengan fungsi yang lebih khusus, contohnya sel darah merah atau sel saraf. Secara ringkasnya, sel stem boleh membina tisu bila dan di mana diperlukan dalam badan kita.

kebaikan sel stem kepada manusia

Sel stem berbeza daripada sel-sel lain berdasarkan ciri-ciri unik berikut: (1) sel stem belum membeza dan mampu berbahagi tanpa had walaupun selepas dibiarkan dorman untuk jangka masa yang panjang; (2) dalam keadaan tertentu, sel stem boleh didorong untuk membeza kepada sel khusus. Di dalam usus dan sum-sum tulang, sel stem kerap membahagi untuk menggantikan tisu yang rosak. Di dalam jantung dan pankreas pula, sel stem hanya membahagi dalam keadaan tertentu.

Terdapat tiga jenis utama sel stem daripada sumber manusia:
  1. Sel stem embrionik manusia (human embryonic stem cells, hESCs) berasal dari embrio manusia (blastocyst) yang dijanakan melalui prosedur persenyawaan in vitro (in vitro fertilisation, IVF). Embrio dibekalkan oleh klinik rawatan kesuburan dengan persetujuan penderma.
  2. Sel stem dewasa (somatik) biasa dijumpai dalam tisu tertentu dan biasanya tumbuh untuk menggantikan tisu yang khusus di persekitarannya. Secara asasnya, ia merupakan sel belum membeza di kalangan sel-sel khusus, dengan fungsi membaiki atau menggantikan tisu-tisu yang rosak. Sebagai contoh, sel stem dalam sum-sum tulang membeza kepada beberapa jenis sel darah. Keupayaan sel stem ini membolehkan pemindahan sum-sum tulang daripada penderma kepada penerima untuk menjana semula sistem darah.
  3. Selain itu, teknologi terkini membolehkan penukaran sel khusus berbalik kepada keadaan embrioniknya. Sel yang diprogramkan semula ini dipanggil ‘induced pluripotent stem cells’ (iPSCs).
Kepentingan Kajian Stem Sel kepada Kesihatan Manusia

Sejarah penyelidikan sel stem dewasa bermula lebih daripada 60 tahun yang lalu. Ketika itu, dua jenis sel stem ditemui dalam sum-sum tulang:
(1) sel stem haematopoietik (haematopoietic stem cells, HSCs) yang membentuk semua jenis sel darah; dan

(2) sel stem mesenkimal yang boleh menjana tulang, tulang rawan dan sel lemak. Sekitar tahun 1990-an, penyelidik mendapati bahawa sel stem dewasa di dalam otak dapat membeza kepada sel neuron (sel saraf) dan sel-sel bukan neuron (astrocytes dan oligodendrocytes). Sel stem haematopoietik paling banyak dikaji setakat ini dan digunakan secara meluas dalam klinik.

Senarai di bawah adalah penyakit-penyakit yang sedang atau telah melalui kajain klinikal dengan menggunakan sel stem mesenkimal (mesenchymal stem cells):

Penyakit Saraf dan Otak
  • Penyakit Alzheimer ✔
  • Autism ✔
  • Cerebral Palsy ✔
  • Encephalopathy ✔
  • Global Developmental Delay ✔
  • Hilang Pendengaran (acquired sensorineural) ✔
  • Intraventricular Hemorrhage ✔
  • Penyakit Parkinson ✔
  • Spinal Cord Injury ✔
  • Stroke ✔
  • Traumatic Brain Injury ✔
Penyakit Autoimun
  • Alopecia Areata ✔
  • Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) ✔ 
  • Crohn's Disease ✔
  • Eczema (Atopic Dermatitis) ✔
  • Graft-versus-Host Disease (GvHD) ✔ 
  • Lupus ✔ 
  • Multiple Sclerosis ✔ Psoriasis ✔
  • Rheumatoid Arthritis ✔ 
  • Scleroderma
  • Systemic Sclerosis ✔
  • Ulcerative Colitis ✔
Penyakit jantung dan salur darah
  • Acute Myocardial Infarction (Heart Attack) ✔
  • Cardiomyopathy ✔ 
  • Critical Limb Ischemia (CLI) ✔ 
  • Heart Failure ✔ 
  • Peripheral Arterial Disease (PAD) ✔ 
  • Surgery for Congenital Heart Defects ✔
Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
  • Diabetes, Type 1 (this is Auto-Immune) ✔ 
  • Diabetes, Type 2 ✔ 
  • Diabetic Foot Ulcer ✔
  • Diabetic Peripheral Neuropathy ✔
Penyakit Genetik
  • Aging Frailty ✔ ✔ 
  • Duchenne Muscular Dystrophy ✔ 
  • Epidermolysis Bullosa ✔ 
  •  Hereditary Ataxia ✔ 
  • Lysosomal Storage Diseases ✔ 
  •  Metabolic Syndrome ✔ 
  • Severe Combined Immunodeficiency ✔ 
  •  Spinal muscular atrophy ✔ 
  • Tay-Sachs Disease ✔ 
Penyakit Tulang dan Sendi
  • Ankylosing Spondylitis ✔ 
  • Cartilage Injury ✔ ✔ 
  • Cleft Palate Repair ✔ 
  • Non-Union Fractures ✔ 
  • Osteoarthritis ✔ ✔ 
  • Osteochondral Lesion ✔ 
  • Spinal Fusion Surgery ✔ 
Penyakit lain-lain
  • Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS) ✔ 
  • BronchoPulmonary Dysplasia (BPD) (lung disorder due to premature birth) ✔ 
  • Erectile Dysfunction ✔ 
  • Eye Diseases ✔ 
  • Fistula ✔ 
  • HIV ✔ Kidney Failure ✔ 
  • Liver Cirrhosis ✔ 
  • Liver Failure ✔ 
  • Peyronie's Disease ✔ 
  • Premature Ovarian Failure ✔ 
  • Uterine Scars ✔ 
  • Wounds ✔

Rujukan: ParentsGuideCordBlood.org

Berkaitan: Cord Blood Banking in Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Harga Susu Ensure Gold dan Kebaikan Susu Ensure Gold 2023

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

10 Lampin dan Pampers Terbaik 2024 : Harga dan Review