Sedut Lemak di Johor Bahru: Harga dan Klinik Terbaik 2020

Anda sedang mencari klinik terbaik untuk prosedur sedut lemak di Johor Bahru?

Apa itu liposuction? Prosedur sedut lemak (“liposuction”) adalah merupakan salah satu prosedur kosmetik yang banyak dilakukan di seluruh dunia. Ia adalah satu teknik yang membantu menghapuskan lemak dari bahagian tertentu badan bagi pelangsingan lebih cepat.

Persatuan Pembedahan Plastik Amerika menganggarkan lebih dari 205,000 prosedur sedut lemak telah dijalankan pada tahun 2011 di negara itu sendiri. Ramai kaum wanita dan tidak kurang juga kaum lelaki yang sanggup membelanjakan ribuan wang ringgit untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

sedut lemak johor bahru

Mengikut statistik Whatclinic.com yang berdasarkan kepada pertanyaan pembedahan plastik melalui emel, terdapat sebanyak 5,513 pertanyaan pada tahun 2015 dan sebanyak 4,777 pertanyaan pada tahun 2016. Terdapat sebanyak 1,201 pertanyaan mengenai prosedur sedut lemak di Malaysia pada tahun 2016.


Harga Sedut Lemak di Johor Bahru

Kos pembedahan dianggarkan mencecah antara RM8,000 hingga RM10,000 untuk menyedut lemak di sesuatu bahagian tubuh dan boleh mencecah sehingga RM20,000 untuk lebih banyak bahagian.

Senarai harga purata sedut lemak di Malaysia:
  • Liposuction bahagian perut - RM13,000
  • Liposuction bahagian peha (dua belah) - RM15,000
  • Liposuction bahagian belakang - RM12,000
  • Liposuction bahagian punggung - RM10,000
  • Liposuction bahagian lengan (dua belah) - RM9,000
Saudari perlu berhati-hati untuk prosedur ini. Prosedur sedut lemak adalah prosedur perubatan yang perlu dibuat oleh pakar bedah kosmetik. Pastikan anda buat prosedur ini di hospital yang bertauliah dan pakar bedah plastik yang bertauliah.


Klinik Sedut Lemak Terbaik di Johor Bahru

Memandangkan klinik-klinik kecantikan tumbuh bagaikan cendawan di negara ini, adalah menjadi faktor penting untuk setiap individu yang berhasrat mendapatkan rawatan itu memilih tempat yang selamat.

Rawatan 'liposuction' atau sedut lemak di bahagian-bahagian tertentu tubuh hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kepakaran, bukan di klinik atau pusat kecantikan sehingga boleh mengakibatkan komplikasi dan seterusnya maut. Lesen yang dikeluarkan untuk klinik dan hospital adalah berbeza kerana lesen untuk klinik adalah untuk rawatan biasa dan tidak dibenarkan membuat pembedahan.

Kami telah menyusun klinik-klinik pembedahan plastik yang bertauliah di Malaysia berdasarkan hasil carian Google dan review dari pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan dari klinik-klinik tersebut.

Dr Mun Yoke Chin
Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif dan Ketua Jabatan,
Alamat: Hospital Sultanah Aminah, 80100 Johor Bahru
Nombor Talifon: +607—223 1666 ext 2731
Harga: Mengikut kadar KKM.

Dr Mohamed Faizal Ali
Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif,
Alamat: Tingkat 3, Suite 3-01,Hospital Pakar Johor KPJ,
No. 39B Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Malaysia.

Dr Angamuthu Rajoo
Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif,
Alamat: Anga Plastic & Cosmetic Surgery
44-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur Satu, 80200 Johor Bahru, Malaysia.

Dr David Cheah Sin Heng
Klinik Pembedahan Plastik di Pusat Perubatan Beverly Wilshire
Alamat: Tingkat 3, Menara Landmark, Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru, Johor.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Syampu Terbaik Untuk Rambut Gugur Di Malaysia 2022

10 Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya 2023

10 Lampin dan Pampers Terbaik 2024 : Harga dan Review

Suplemen dan Vitamin Terbaik untuk Masalah Rambut di Malaysia 2020

10 Suplemen Terbaik untuk Kuatkan Antibodi Badan di Malaysia 2022

12 Eye Cream yang Bagus untuk Dark Circle di Malaysia 2024

Susu Formula untuk Bayi: 15 Jenama Susu Terbaik di Malaysia 2023

Suplemen Pemutih Kulit Terbaik di Malaysia 2023

5 Idea Aktiviti Luar Untuk Kanak-kanak Keperluan Khas

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024