Glucosamine Malaysia: Kegunaan, Kebaikan dan Keburukan
Nama generik
Glucosamine Sulfat
Kegunaan dan Kebaikan
Untuk melegakan gejala osteoartritis, iaitu: sakit dan fungsi sendi.
Mekanisma tindakan
Glucosamine sulfat merangsang penghasilan cecair synovial untuk fungsi sendi dan merangsang pembaikan sendi.
Glucosamine sulfat menyediakan aktiviti pelincir untuk cecair sinovial, ia meningkatkan kelikatan cecair synovial dan meningkatkan pengeluaran.
Oleh itu, Glucosamine sulfat memberikan kesan terapeutik seperti:-
- Mengurangkan kesakitan artikular
- Meningkatkan fungsi artikular
- Menghalang proses degeneratif articular
Kontraindikasi:
Hipersensitiviti (Tindakbalas berlebihan system imun badan terhadap bendasing sehingga menyebabkan gejala penyakit) terhadap glucosamine atau kepada mana-mana eksipien. Oleh kerana bahan aktif diperolehi daripada makanan laut (kerang), produk ini tidak boleh diberikan kepada pesakit yang alah kepada kerang.
Amaran:
Produk ini adalah terapi tambahan dan kesan terapeutik hanya boleh dilihat selepas 1 minggu pengambilan. Oleh itu, sekiranya berasa sakit adalah perlu untuk mengambil ubat anti keradangan selama beberapa hari di awal rawatan.
Pesakit yang sedang mengawal pengambilan sodium perlu diberi perhatian. Pengambilan ubat ini oleh pesakit dengan masalah hepatic atau buah pinggang yang teruk juga perlu pengawasan daripada pengamal perubatan.
Disebabkan kekurangan bukti saintifik kesan pengambilan ubat ini terhadap fungsi reproduktif manusia atau pada susu ibu, adalah disyorkan pengambilannya semasa hamil dan penyusuan di bawah pengawalan pegawai perubatan. Pengambilan semasa trimester pertama juga harus dielakkan.
Interaksi Ubat:
Glucosamine boleh mengurangkan fungsi insulin dan akibatnya menjejaskan paras glukosa dalam darah.
Oleh itu, apabila pesakit kencing manis yang sedang dalam rawatan perubatan mengambil glucosamine, pesakit perlu memantau glukosa darah mereka dan mungkin perlu menyesuaikan dos ubat-ubatan yang mereka ambil untuk mengawal glukosa darah. Ini perlu dilakukan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
Jangan ambil Glucosamine Sulfat jika anda mengambil warfarin. Banyak ubat-ubatan semulajadi boleh berinteraksi dengan warfarin yang digunakan untuk mencegah atau melambatkan pembekuan darah. Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa pengambilan Glucosamine Sulfat dengan atau tanpa kondroitin meningkatkan kesan warfarin, yang mana akan menyebabkan pembekuan darah lebih lambat. Ini boleh menyebabkan lebam dan pendarahan yang serius.
Bagaimana untuk menggunakan ubat ini:
Dos:
Maksimum1,500 mg setiap hari
Ia boleh diambil sama ada 1,500 mg sehari
Atau 500mg tiga kali sehari..
Cara pengambilan:
Glucosamine dalam bentuk serbuk
Larutkan dalam segelas air dan minum.
Kapsul dan tablet
Telan ubat bersama segelas air.
Masa pengambilan dan Waktu Terbaik:
Glucosamine biasanya diambil bersama makanan pada waktu makan.
Jangkamasa pengambilan:
Gejala osteoartritis yang teruk:
Rawatan awal 500mg tiga kali sehari disyorkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 8 minggu.
Terapi susulan:
Pengambilan ubat harus diikuti selama 3-4 bulan (mengikut preskripsi perubatan )dengan dos pengambilan 500mg dua kali sehari. Rawatan ini perlu diulangi setiap 6 bulan atau kurang mengikut preskripsi perubatan.
Jika terlupa dos:
Ambil dos ubat sebaik sahaja anda teringat. Jika ia hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu sehingga waktu seterusnya untuk mengambil ubat. Jangan menggandakan dos.
Sepanjang pengambilan ubat ini:
Anda perlu memberitahu doctor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain, mengandung, menyusu atau alah kepada kerang.
Kesan sampingan dan Keburukan
Semua ubat-ubatan mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini .Ianya mungkin menyebabkan kesan yang serius atau tidak. Beritahu doctor atau ahli farmasi jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan yang teruk atau berterusan.
Kesan sampingan yang mungkin berlaku
- Gastro usus – Loya ,muntah , cirit-birit , dyspepsia atau kembung perut , sembelit, pedih ulu hati dan Aneroxia
- Reaksi kulit – ruam kulit, erythema (kemerahan kulit akibat pengembangan kapilari darah), pruritus (gatal yang teruk), dermatitis (keradangankulit), ruam papular, urtikaria dan ekzema.
- Sistem saraf – Rasa mengantuk, sakit kepala, sukar tidur (insomnia).
Penyimpanan dan pelupusan
- Jangan ambil ubat yang telah luput.
- Jangan simpan ubat pada suhu melebihi 30’C.
- .Tarikh tamat terpakai kepada produk yang disimpan dengan betul di dalam pakej yang utuh. Simpan di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak.
Dalam kes dos berlebihan
Sekiranya mengambil dos berlebihan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Rujukan
- Artril Forte (Glucosamine Sulphate), AV Manufacturing Sdn. Bhd.(risalah produk)
- Persiani S, Rotini R, Trisolino G, et al. Synovial and plasma glucosamine concentrations in osteoarthritic patients following oral crystalline glucosamine sulphate at therapeutic dose.Osteoarthritis Cartilage 2007;15:764-72.
- Viartril-S 500 (Glucosamine Sulfate), ROTTAPHARM Ltd.(risalah produk)
- Yue QY, Strandell J, Myrberg O. Concomitant use of glucosamine may potential the effect of warfarin. The Uppsala Monitoring Centre. Available at: http://www.who-umc.org/graphics/25284.pdf (Accessed 1st August 2013)
Akreditor : Nur Azibahwati bt. Aziz
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/glucosamine/
Ulasan
Catat Ulasan