Bayar RM300K Untuk Rawatan Stemcell, Doktor Luah Kekecewaan Di Facebook.

SHAH ALAM - Di klinik pagi tadi, saya macam biasa menemuramah pesakit-pesakit saya. PakCik seorang yang berpelajaran tinggi, baik orangnya dan mempunyai sikap selalu bertanya. Saya memang suka ciri-ciri ini kerana rasa seronok dapat berbicara tentang rawatan secara dua hala. Tak lah saya seorang yang membebel.

Akan tetapi, lain sikit PakCik ini hari ini; seakan-akan melindungi sesuatu dari saya dan staf Pusat Dialisis tersebut. Saya ini jenis yang tahu ya, pandai juga mencungkil. 

Sangkaan saya betul. Kemusykilan saya terjawab. Rupanya beliau sedang berurusan untuk menjalani rawatan stemcell untuk penyakit Kronik Kegagalan Buah Pinggang. Ternganga kami semua. TIGA RATUS RIBU bilnya!

Gambar - Rafidah Abdullah
Saya: "Kenapa Pakcik tak tanya kami dahulu?"
PakCik: "Mereka ada sebut Staf kesihatan tak percaya rawatan ini sebab mereka tak tahu, jadi tak perlu beritahu"
Huh??? Kalau rawatan sebaik ini, mesti kami suruh semua pesakit kami pergi! Kenapa nak sorok-sorok?
Faktanya:
1. Tiada rawatan Stemcell dan Regeneration untuk pesakit buah pinggang. Teknologi stemcell masih diperingkat awal kajian. Saya pun teruja membaca beberapa kertas kajian. Tapi itulah, baru kajian!
Mana ada digunakan untuk manusia di arena klinikal?
2. Lihat sahajalah bil tersebut. No 3 - itu mitokondria (sel mungkin dari tikus agaknya). Mahalnya MasyaAllah. Bagi injeksi lagi. Apa risiko, komplikasi TIADA SIAPA yang tahu. Apa benda no 4 atau 5 waallahualam.
Bila saya tanya macamana mereka nak pantau keberkesanan rawatan; ada atau tidak ujian darah dan sebagainya? Beliau tidak tahu, membisu seribu jawapan.
3. PakCik memberi saya lihat invois tersebut. Ada alamat, lantas saya pun drive ke sana. Rupa-rupanya belakang rumah saya di Shah Alam ini! Ianya adalah "aesthetic & anti-aging centre" dan ada beberapa cawangan di seluruh negara.
Nak rawat muka, kulit berkedut, buat sahajalah. JANGAN sekali-kali kacau pesakit kronik saya dan menjanjikan bulan dan bintang. Tak faham ke, mereka ini hendak mencuba segala apa yang ada. JANGAN beri mereka harapan palsu. Mereka sudah jatuh, nak bangun kembali susah; anda nak mereka tersungkur kembali dan tak bangun-bangun?
Maafkan saya Pak Cik kerana hilang sedikit kesabaran saya tadi. Saya sedikit pun tidak menyalahkan PakCik. Ya, sebenarnya sangat kecewa dan salahkan diri saya sendiri kerana beliau lebih mempercayai orang yang mengambil 300 ribu itu dari saya yang sudah mengenali beliau lebih setahun. Ya lah, mungkin salah saya.
Kejadian ini membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini, demi kesemua pesakit saya. Kenapa, kenapa ada yang mengambil kesempatan atas kesusahan pesakit-pesakit saya?
Menitik airmata saya teringatkan peristiwa ini.
Maafkan saya, PakCik.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi
Rujukan:
1. Kidney regeneration: Where we are and future perspectives. Zambon JP, et al. World J Nephrol. 2014 Aug 6;3(3):24-30
2. Artificial Mitochondria Transfer: Current Challenges, Advances, and Future Applications. Andrés Caicedo, et al. Stem Cells Int. 2017; 2017: 7610414.
3. Renal bioengineering with scaffolds generated from rat and pig kidneys. Figliuzzi M, Remuzzi G, Remuzzi A. Nephron Exp Nephrol. 2014;126(2):113.
Sumber: Facebook.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Tambah Berat Badan 2024

15 Susu Formula Terbaik untuk Bayi 0-6 Bulan Malaysia 2024

Perbezaan Rumusan Susu Langkah 1 dan Langkah 2 dan Langkah 3

Harga Susu S26 dan Kebaikan Susu S26 2023

Harga dan Rawatan Stem Cell di Malaysia 2023

Harga Susu Similac dan Review Susu Similac 2023

Harga Susu Enfalac Baby 0-12 Bulan dan Kebaikan Susu Enfalac 2024

Harga dan Klinik Sedut Lemak Terbaik Malaysia 2023

10 Jenis Vitamin Blackmores Malaysia dan Fungsinya 2023

9 Susu Formula Terbaik untuk Bayi Kembung Perut 2023