Suntikan sel stem daripada tali pusat patuh syariah
Sekumpulan pakar bedah Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) mencipta sejarah apabila berjaya merawat kecederaan rawan sendi lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat atau uri.
Kajian sejak 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaannya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan.
Pesakit menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ke tiga dan tidak menunjukkan tanda kesan sampingan atau permasalahan sepanjang tempoh kajian seperti demam, penolakan atau perubahan sel.
Ketua Pasukan Penyelidik, Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Ortopedik & Arthroskopi, Datuk Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff, berkata sel stem yang digunakan dalam kajian itu diperoleh daripada tali pusat yang didermakan oleh penderma lain.
Sel stem kata beliau, diproses, dinyah kuman dan dipastikan sesuai sebelum dibawa ke makmal yang diiktiraf Agensi Pengawalan Famaseutikal Kebangsaan untuk dibiakkan, sebelum disuntik ke dalam sendi lutut pesakit melalui kaedah ‘intra-articular injection.’
Prosedur patuh syariah
“Pasukan kami dengan kerjasama syarikat swasta iaitu Cytopeutics Sdn Bhd, menyaring pesakit terlebih dulu,
menjalankan pemeriksaan uji kaji makmal dan pengimejan sebelum pembedahan artroskopi lutut dilakukan,” katanya.
Sel stem kemudian dimasukkan ke dalam sendi lutut dan mereka dikehendaki untuk menjalani rawatan susulan
selama 12 bulan, mereka perlu menjalani sesi soal jawab yang menjurus kepada analisis aktiviti fizikal, tahap kesakitan dan aktiviti kehidupan seharian.
Keseluruhan proses disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai patuh syariah.
Dr Badrul Akmal Hisham, berkata sel stem digunakan bagi merawat masalah rawan kerana tulang rawan sukar tumbuh semula secara semula jadi terutama pada usia 40 an.
Setakat ini beliau berkata, pakar perubatan belum berani menggunakan sel stem untuk merawat kecederaan tulang rawan kerana bimbang bertukar menjadi sel bahaya seperti kanser.
“Pesakit dikehendaki menjalani rawatan susulan selama 12 bulan, selain menjalani sesi soal jawab menjurus kepada analisis aktiviti fizikal, tahap kesakitan dan aktiviti harian.
“Hasil kajian berkenaan akan dibentangkan pada persidangan ‘International Cartilage Repair Society ICRS Focus Meeting bertemakan, ‘I am not ready for metal’ di Milan, Itali pada 13 dan 14 Disember ini,” katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/12/508296/suntikan-sel-stem-daripada-tali-pusat-patuh-syariah

Ulasan
Catat Ulasan