Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Duromine Malaysia: Kegunaan, Kontraindikasi dan Harga 2022

Imej
Apakah itu Duromine? Duromine (jenama Phentermine) merupakan sejenis produk yang mengandungi bahan aktif Phentermine. Jenama lain yang mengandungi bahan aktif 'Phentermine' termasuk jenama 'Adipex' yang juga popular di Malaysia. Phentermine merupakan sejenis ubat perangsang di mana struktur kimianya menyerupai amfetamine. Produk tersebut diformulasikan dengan sejenis bahan untuk membolehkan phentermine diserap secara terkawal agar kesan rawatan Duromine dapat dikekalkan untuk seharian. Apakah kegunaan Duromine? Duromine digunakan untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit yang telah dikenalpasti oleh doktor mengalami masalah berat badan berlebihan. Duromine digunakan sebagai sebahagian daripada usaha dalam mengurangkan berat badan disamping mengamalkan cara pemakanan sihat dan senaman. Duromine hanya boleh diperolehi melalui preskripsi doktor. Ubat tersebut juga mempunyai kegunaan lain. Sila bertanya kepada doktor ataupun ahli farmasi anda untuk mend